UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEMESTER II SESI
2012/2013
BIL
|
NAMA AHLI
|
NO.MATRIK
|
1.
|
SALFANITA BINTI ANSENDEN
|
PT122335CT
|
2.
|
NUR ADHWA BIN MOHD HAMIS
|
PT122334CT
|
3.
|
NORHAFIZA BINTI CHE HUSSIN
|
PT122186CT
|
4.
|
TENGKU SUHAILA LONG JUSOH
|
PT122279CT
|
1.0 Pengenalan
Perkembangan Sains dan
Teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada abad ke 21 telah
mengubah sistem pendidikan negara secara kesuluruhannya. Pada masa dahulu, seseorang
guru biasanya menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dengan hanya menggunakan buku, kapur dan papan tulis. Namun begitu, anjakan
paradigma dan kemodenan dalam sistem pendidikan negara, mutu pendidikan telah
mengalami perubahan melibatkan pelajar dan juga guru. Pelbagai bentuk kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan untuk
menaiktaraf mutu pendidikan negara pada masa kini.
Perkembangan
teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat berkomputer telah
membawa kepada e-learning atau e-pembelajaran. Menurut Masher (2005),
e-pembelajaran telah mengubah landskap pembelajaran dari pengajaran di bilik
darjah kepada pembelajaran di depan komputer. Oleh itu, pembelajaran menjadi
semakin dinamik dan strategi dan penilaian yang efektif menjadi semakin
penting. Walaupun negara kita masih mengamalkan sektor pengajaran dan
pembelajaran secara traditional namun begitu, dengan adanya teknologi ini, ia
telah membantu guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kearah
yang lebih berkesan.
Pembelajaran melalui internet telah mengorak langkah baru
yang mana satu kaedah pembelajaran melalui kemudahan web 2.0 mula
diperkenalkan. Era Web 2.0 telah mengubah paradigma besar dalam dunia internet
masa kini. Ianya merupakan sebuah platform dalam menyampaikan informasi serta
menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui internet. Aplikasi yang
dijalankan secara online tersebut membolehkan para pengguna bersama-sama
berkongsi maklumat serta menggunakan aplikasi yang terkandung di dalamnya.
Ia membentuk
pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan
bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar (Hargadon, 2009). Menurut
Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) penggunaan teknologi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan hasil
pembelajaran.S elain itu, Bower (1998) pula menekankan lagi bahawa pengajaran
berasaskan teknologi adalah lebih alternatif dan perlu ditingkatkan.
2.0 Perkembangan Internet sebagai media
pendidikan
Asal-usul internet bermula
semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua
komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan
nuklear, peralatan tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin
ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya
disambungkan pada akhir tahun 1969.
Dalam 15 tahun
pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak
tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang
menyambungkan universiti.universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang
menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project
Agency) adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut
menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan
pelbagai jenis komputer.
Menjelang
tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik pensuisan paket
di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of
California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara
(UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City.
Pada 1972,
terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet.
Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di
antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular
digunakan.
Pada awalnya
piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP "Network Control
Protocol". Setelah mengkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti
tinggi digunakan iaitu TCP/IP .TCP (Transmission Tranfer Protocol) dimana ia
akan mengubah mesej kepada bentuk paket di sumber dan kemudiannya akan mengubah
semula kebentuk mesej di destinasi. IP (Internet Protocol) pula mengendalikan
alamat. ARPA bukan sahaja mempelopori NCP malah Ethernet, FDDI dan X.25.
Pada tahun
80-an, rangkaian-rangkaian ini mula disambungkan secara komersial. Kita boleh
mengunjungi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dan pada masa
inilah istilah "internet" mula digunakan. Pada masa itu juga,
perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan. Sehingga 1990, internet
lebih banyak digunakan dalam bidang penyelidikan saintifik. Apabila penggunaan
internet oleh komuniti saintifik semakin berleluasa, orang awam juga mula
menyedari potensi internet sebagai sejenis medium komunikasi, hiburan dan
pendidikan sedunia. Walaupun dimulakan sebagai sebuah rangkaian ketenteraan,
kini terbuktilah internet mempunyai banyak kegunaan lain.
Jika dilihat
dahulu, hanya terdapat 4 nod sahaja dalam rangkaian ARPAnet. Tetapi kini
terdapat 10 ribu nod dalam internet, yang tersebar melebihi 42 negara seluruh
dunia. Pada hari ini, terdapat lebih daripada 40 juta pengguna internet di
seluruh pelusok dunia.
2.1 Perkembangan Internet di Malaysia
Rangkaian
internet dilancarkan pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia
(MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau RangKom. Kemudian Jaring yang
diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990. Pada tahun 1987,
Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa
telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM
pada peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari
pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum
elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber.
Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi,
malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi
penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan
dengannya.
Berdasarkan
kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan
pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara
secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan
pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING. MIMOS yang
dikenalikan oleh 5 pakar komputer iaitu
Dr Mohd Azzman UM, Dr Awang Lah UM, Dr
Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM), Dr Mohd Zawawi Ismail (UTM) mengendalikan
projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan
Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan
dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan
terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial.
JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.
Talian
litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi
mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dan dail
yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap
penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan
kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan
talian 64Kbps. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian
optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.
Pada
bulan Jun 1994, JARING bergerak dengan lebih cemerlang lagi dan Internet boleh
diakses melalui nodnya yang ditempatkan di seluruh negara. Nod JARING pada masa
tersebut ditempatkan di 16 buah bandar utama di Malaysia, iaitu di Damansara,
Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Ipoh, Pulau
Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching, Kota
Kinabalu, dan Kuala Lumpur. Ini membolehkan lebih ramai pengguna mencapai
JARING/Internet dengan panggilan telefon tempatan. Rangkaian JARING turut boleh
dimanfaatkan oleh pengguna dari Singapura, Brunei, dan Thailand.
Dari
segi perkembangan keahlian JARING/Internet pula, sebanyak 27 organisasi dan
jabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992. Lebih 200 pelanggan
dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992. Keahlian JARING
dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan organisasi. Orang
perseorangan dan pelajar hanya boleh mengakses Internet melalui talian dail
sahaja, sementara organisasi boleh mengakses melalui talian dail atau litar
suwa. Keahlian JARING di sepanjang tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli
individu dan 254 syarikat.
Dalam
tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung pertambahan
keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik. Tumpuan
utama ialah mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING melalui tambahan nod,
talian di antara nod, dan peningkatan kelajuan beberapa talian suwa serta
bilangan talian dail.
Dalam
tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan Johor
Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2.048Mbps. Sehingga
akhir tahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian dail telah
disediakan. Sebanyak 40 nod baru telah dipasang dalam tahun 1996 sebagai
tambahan kepada 21 nod pada tahun sebelumnya.
Tahun
1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa.
Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi
serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1
berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995
pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22%
sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek
Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana tulang
belakang.
Untuk
membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan
Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat Pembekal Perkhidmatan
Akses JARING (JASP) pada 1 Ogos 1996. Ia memudahkan orang ramai mendapat
khidmat sokongan bagi mengakses Internet.
Seterusnya,
pada tanggal 7 November 1996 JARING telah menandatangani perjanjian
persefahaman dengan Asia Internet Holding (AIH) dari Jepun bagi
mempertingkatkan perkhidmatan Internet untuk pengguna tempatan dan Asia
Pasifik. Rangkaian yang dinamakan JARING-A-Bone ini memudahkan pengguna Internet
menghubungi halaman web di rantau Asia. Hubungan tersebut menyediakan akses
lebih cepat dan secara terus bagi pengguna kepada negara-negara Asia yang
dihubungkan dengan A-Bone. Pada bulan Mei 1997, JARING mula menawarkan
perkhidmatan perayauan antarabangsa yang meliputi lebih 150 negara.
Pada
11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa
berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di
luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet
terbesar di Asia, INET 97. Selanjutnya pada akhir tahun 1997, jumlah keahlian
JARING meningkat melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan
melebihi 300,000 orang.
Bagi
menampung pengguna yang semakin meningkat dan semakin memerlukan perkhidmatan
terbaik, maka pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad telah memulakan
perkhidmatan TMNet, sebagai Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) kedua Malaysia
setelah mendapat lesen daripada pihak kerajaan. Penggunaan Internet dijangka
akan terus berkembang dengan cepatnya sebagai media komunikasi multimedia utama
dunia yang akan membawa kita semua ke alaf ke 21. Kita amat bertuah kerana
telah dapat mengenalpasti potensi Internet lebih 10 tahun dahulu berbanding
dengan negara lain di rantau ini.
3.0 Sejarah Web 2.0
Web 2.0 dicipta oleh Dale
Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat
pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan
sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh
menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan
sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai
jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan
menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula
kandungan dan sebagainya.
3.1 Definisi Web 2.0
Menurut Tim
Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti atau satu
inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan
piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0
adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud
web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana
pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang
terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan
sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut.
Umumnya
web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan,
kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong
oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau
transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog,
jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini
akan mem benarkan kandungan
dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi
aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana
menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak
pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses
maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang
mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka
bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian
sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti
sebenar mereka dalam transaksi
3.2 Ciri-ciri Web 2.0
Menurut Tim
O’Reilly (2005), terdapat beberapa ciri yang menggambarkan web 2.0. Antaranya
adalah:
i. Web sebagai
platform.
Platform
di sini membawa maksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan. Contoh platform yang
terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office
dan Adobe Photoshop. Menggunakan internet sebagai platform bererti
aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan lansung di ata s internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu.
Contohnya adalah Google, yang mana boleh diakses melalui mana-mana sistem
operasi. Kelebihannya ialah aplikasi-aplikasi web 2.0 ini tidak lagi terbatas
penggunaannya kepada satu sistem operasi sahaja. Malah kita tidak perlu untuk
memasukkan apa-apa sistem untuk menggunakannya.
ii. Gabungan
maklumat dan pengetahuan.
Aplikasi
web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklumat dari banyak pihak secara kolektif.
Hasilnya ialah satu medan pengetahuan yang sangat besar hasil daripada gabungan
pengetahuan pelbagai pihak. Contoh yang dapat kita lihat adalah Wikipedia.
Wikipedia adalah ensiklopedia atas talian (online) yang membolehkan semua orang
untuk membuat dan mengedit artikel yang dipaparkan. Hasilnya adalah sebuah
ensiklopedia atas talian besar yang sangat lengkap artikelnya. Contoh yang lain
adalah del.icio.us, di mana semua orang akan memaparkan link-link menarik yang
mereka temui di internet. Melaluinya kita dapat melihat pelbagai bahan yang
menarik hasil gabungan ribuan orang. Jaringan pengetahuan ini ibarat sel-sel
otak yang saling terkait antara satu sama lain di dalam otak kita.
iii. Kekuatan
data.
Kekuatan
web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh asas data
yang kuat dan unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google, yang mana
kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data bagi laman-laman web
di internet. Amazon.com juga adalah salah satu contoh yang boleh kita lihat.
Laman web ini memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tetapi juga lengkap
dengan aplikasi seperti review, kadar pengguna, link ke buku-buku lain dan
sebagainya.
iv. Kitaran
kemaskini perisian.
Tidak
seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf setiap dua atau
tiga tahun sekali misalnya Microsoft Office versi 97,2000, XP, dan seterusnya,
aplikasi web 2.0 seringkali dikemaskini. Contohnya Google, seringkali
dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu yang tertentu.
v. Model
aturcara yang mudah.
Aplikasi
web 2.0 menggunakan teknik-teknik model aturcara yang mudah seperti AJAX dan
RSS. Ini membolehkan orang lain untuk mengguna semula layanan suatu aplikasi
web 2.0 membentuk layanan baru. Contohnya adalah Google Maps, yang mana dengan
mudahnya dapat digunakan oleh orang lain untuk membentuk layanan baru. Hasilnya
adalah seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan Google Maps dengan
Craigslist. Layanan seperti ini yang menggabungkan layanan dari
aplikasi-aplikasi lain dikenali dengan istilah mashup.
vi. Integrasi
perisian melalui pelbagai alat (Devices).
Aplikasi
web 2.0 mampu berintegrasi melalui pelbagai alat. Ianya bukan hanya terbatas
kepada platform komputer sahaja. Contohnya adalah iTunes dan TiVo. iTunes dari
Apple dapat berintegrasi dari server Internet (dalam bentuk muzik online), ke
komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), hinggalah ke mobile device
(dalam bentuk iPod).
vii. Rich user
experiences.
Aplikasi
web 2.0 mempunyai antara muka pengguna yang hebat walaupun hanya beroperasi di
dalam browser. Teknologi seperti AJAX membolehkan aplikasi seperti Internet
mempunyai waktu gerak balas (response) yang cepat. Contohnya seperti Yahoo Mail
dan Gmail, aplikasi email ini memiliki antara muka pengguna yang hebat. Dengan
menambah pelbagai aplikasi di dalam email seperti IM (Intstant Messaging),
pengguna dapat berinteraksi melaluinya.
Aplikasi
web 2.0 tidak semestinya mempunyai kesemua ciri-ciri yang dinyatakan di atas.
Namun semakin banyak sesuatu aplikasi itu mempunyai ciri-ciri tersebut maka
makin hebat aplikasi web 2.0 itu. Walaupun banyak contoh yang diberikan adalah
dari Google tetapi masih banyak aplikasi web 2.0 yang lain. Google kini
mendapat tempat antara yang teratas dalam aplikasi web 2.0. Pada September
2008, Google telah menghasilkan versi beta bagi web browser iaitu Google
Chrome. Google Chrome dihasilkan untuk memperbaiki tahap kelajuan, keselamatan
dan kestabilan browser. Menurut Net Application, pada Februari 2010 Google
Chrome telah mendapat tempat ketiga bagi penggunaan web browser yang paling
tinggi.
3.3 Perisian Web 2.0
I.
Templat
atau reka bentuk
Seiring
dengan penggunaan aplikasi dalam laman web, reka bentuk atau templat menjadi
satu tarikan kepada pengguna untuk mengakses laman tersebut. Templat seharusnya
boleh dipaparkan dengan baik pada mana-mana pelajar dan pada mana-mana versi
keluaran. Templat juga perlu berupaya untuk memaparkan sebarang maklumat yang
dihantar oleh pengguna secara praktikalnya dan tidak perlu diubah suai atau
dikemaskini kembali oleh webmaster
II.
Carian
maklumat
Salah
satu cirri yang perlu ada untuk web 2.0 adala carian maklumat . walupun susunan
maklumat pautan dan menu yang dimasukkan begitu teratur namun pengguna mahukan
maklumat dicapai dengan lebih pantas. Fungsi carian ini membolehkan mana-mana
pengguna mencari maklumat tertentu dengan hanya sekali klik sahaja dan
menggunakan kata kunci tertentu. Laman tersebut akan memuatkan hamper ribuan
artikel dan hanya sekali klik sahaja artikel tersebut akan terpapar seperti
yang dikehendaki oleh pengguna.
III.
RXL
DAN XML
Tidak
seperti web 1.0 aplikasi RSS dan XML membolehkan sebarang maklumat dikemaskini.
Kemasukan bahan-bahan baru dan terkini atau artikel boleh dipindah masuk
kemana-mana laman web yang lain. Teknologi RSS ( Really Simple Syndication) dan
XML (Extensible Markup Language) membolehkan sebarang data yang dimuatkan dalam
laman dihantar ke mana-mana bahagian yang lain. Ini membolehkan pengguna
sentiasa mendapat maklumat terkini daripada laman anda tanpa perlu melayari
laman web sebenar. Selain itu, teknologi ini membeolhkan dua laman web yang
berbeza di integrasikan setiap maklumatnya tanpa perlu memuat naik kemabali
artikel dari satu laman ke laman yang lain. Inilah yang dikatakan “social
networking” atau jaringan social antara
satu dengan yang lain.
IV.
AJAX
AJAX
atau “Asynchnous Javascript and Xml” antara perkara yang mesti ada dalam web
2.0 untuk menjadikan web tersebut berfungsi seperti aplikasi desktop. Kelebihan
Ajax ini dapat menguruskan sebarang maklumat tanpa perlu mengubah alamat atau
sesuatu laman dilihat sebagai satu elemen yang membantu mempercepatkan
pemprosesan data. Gabungan dua elemen pengaturcaraan iaitu Javascript dan Xml
memantapkan pemprosesan data sehingga Ajax kini boleh digunakan pada laman web
yang dijalankan pada server yang dinyahkod.
V.
Carian
pautan
Web
1.0 kebanyakkan pautan yang disediakan adalah static atau satu hala sahaja. Kemunculan
web 2.0 meningkatkan fungsi pautan yang mana setiap pautan utama akan diceraikan
sehingga ke bahagian kandungan yang memberikan kembali ke mana-mana artikel
yang berkaitan. Contoh yang paling mudah adalah kehadiran breadcrumbs yang menyenaraikan
setiap laluan pautan dari satu artikel ke satu artikel yang lain. Wikipedia.org
merupakan contoh terbaik bagi aplikasi wen 2.0 yang menunjukkan setiap artikel yang dimasukkan, kandungan yang
dipaparkan akan memuatkan kata kunci tertentu
kepada artikel lain berdasarkan kepada kata kunci yang tertera. Jaringan pautan yang diwujudkan memudahkan pengguna
untuk melompat dari satu artikel ke satu
artikel yang laian dan mendapatkan maklumat yang lebih spesifik. Selain itu, artikel yang sering dibaca dan
lebih popular akan mendapat tempat tertinggi dan paling kerap muncul. Kelebihan
ini adalah untuk menyampaikan maklumat yang terpentinga dahulu kemudian diikuti dengan kurang mendapat sambutan.
VI.
Tag
dan kata kunci
Teknik
Search Engine Optimization sering kali menekan elemen tag untuk setiap artikel.
Web 2.0 tidak ketinggalan untuk menempatkan cirri ini sebagai salah satu fungsi
penting untuk diiktirafkan sebagai web 2.0 memandangkan elemen ini akan
menempat artikel anda ke satu tahap yang lebih tinggi. Penggunaan tag adalah
lebih spesifik kerana tag lebih berkaitan dan memberikan gambaran kasar untuk
satu-satu artikel. Tag juga mengkategorikan artikel secara tidak langsung
walaupun anda tidak menyediakan kategori khusus untuk artikel yang lain
4.0 Perkembangan Web
4.1 Web 1.0
4.1.1 Elemen yang terkandung dalam web 1.0
·
Halaman
bersifat statik, bukan dinamik pengguna dan isi kandungan yang dihasilkan.
·
Penggunaan framesets.
·
Milik HTML sambungan seperti dan tag diperkenalkan pada
awal perang browser.
·
Online
guestbook.
·
GIF
tombol, biasanya 88×31 piksel dalam ukuran web browser dan mempromosikan produk
lain.
·
Borang
HTML dihantar melalui email. Oleh itu, Pengguna perlu mengisi borang yang
terkandung dalam laman, dan setelah itu mereka mengklik dan mengirimkan
email. pelanggan akan menghantar email yang
mengandungi maklumat borang.
4.2 Web 3.0
4.2.1 Konsep Web 3.0
·
Manusia dapat berkomunikasi dengan mesin
pencari. Pengguna biasanya menggunakan Web untuk mencari suatu maklumat yang
spesifik tanpa bersusah payah mencari data satu per satu dalam setiap laman
Web.
·
Menyediakan maklumat yang relevan
tentang informasi yang ingin dicari
·
Konsep Web Semantik membolehkan
maklumat web dinikmati tidak hanya dalam bahasa ibunda pengguna, tetapi juga
dalam bentuk format yang boleh diakses oleh berbagai software.
· Web 3.0 menawarkan kaedah yang efisyen
dalam membantu komputer mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data
online.
· Web 3.0 juga membolehkan ciri Web
menjadi sebuah tempat penyimpanan data dengan kapasiti yang lebih besar.
· Web 3.0 menawarkan cara yang efisyen
dalam membantu komputer mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online.
4.2.2 Ciri–ciri Web 3.0
·
Tranformation
iaitu dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu
·
Ubiquitous
Connectivity iaitu memungkinkan informasi diakses menjadi media
·
Network
Computing iaitu perisian adalah sebagai model perniagaan, perkhidmatan laman
web yang mempunyai dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni,
pengedaran komputer, pengskalaan komputer,pelebar luasan komputer.
·
Open
Technologies iaitu sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform
open source atau secara percuma
·
Open
Identity and Open ID iaitu seluruh informasi adalah bebas
·
The
interligent Web sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF, OWL, SWL, SPARQL,
GRDDL, Aplikasi berplatform semantik, dan statement-based data stores.
·
Distributed
Database iaitu database disalurkan dalam WWD (World Wide Database)
·
Aplikasi
bersifat pintar dan bijak
4.3 Web 4.0
Web 4,0 boleh
dianggap sebagai generasi mendalam di mana 3D digabungkan dengan Web 3.0, atau
Web Semantik, untuk mewujudkan dunia maya seperti yang terdapat dalam permainan
atau games. Ia merupakan satu kunci untuk mengawal hak digital yang menghalang
penyalinan digital penyalinan sempurna kandungan. Menambat digital adalah
relevan untuk semua bentuk kandungan dan menjadi isu utama untuk nilai tinggi
(kos tinggi) maklumat seperti hak cipta pada filem, imej, dan banyak lagi.
Dengan
proliferasi rangkaian dan kandungan dalam semua jenis, ia adalah penting bahawa
kandungan asal akan dilindungi oleh pemilik. Satu menambat hak digital
mengekalkan "Mashup video" dari sumber yang menyediakan perlindungan
yang signifikan hak digital serupa dengan menyalin faks faks - kualiti
mempersendakan ketara daripada menggunakan "skrin pengikis"
pendekatan.
Impak besar
jalur lebar tinggi dan peranti mudah alih adalah bagaimana ia akan mengubah
cara kita berkomunikasi. Ia adalah satu prosedur untuk pembaikan enjin jet yang
telah dirakam dengan telefon pintar dan diposkan kepada web serta-merta. Ini
jenis komunikasi menggantikan kaedah lama yang memakan masa dan kos yang tinggi
seperti penyuntingan pengedaran, dan menterjemahkan kertas. Keuntungan dalam
produktiviti adalah sangat besar dan kualiti pemindahan pengetahuan
dipertingkatkan dan boleh diperkuatkan, diperbaiki dan pada masa yang sama kos
dan masa juga boleh dikurangkan.
5.0 Aplikasi Web 2.0
Pada masa kini web 2.0
menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang
pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai tools atau alatannya yang
tersendiri. Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai jenis alatan dalam web
2.0 antaranya adalah:
5.1 Google
Earth
Google
Earth merupakan program memetakan bumi dari gambar yang dikumpulkan melalui
pemetaan satelit, fotografi udara dan globe GIS 3D. Awalnya dikenal sebagai
Earth Viewer, Google Earth dikembangkan oleh Keyhole, Inc. iaitu sebuah
perusahaan yang diambil alih oleh Google pada tahun 2004. Perisian ini kemudian diganti namanya menjadi Google Earth
tahun 2005. Google juga menambah pemetaan dari data umumnya ke peringkat tinggi
iaitu pemetaan berasakan web. kemunculan Google Earth menyebabkan sebuah
peningkatan lebih kepada teknologi media mengenai ‘globe virtual’ antara tahun
2005 dan 2006. Teknologi ini menarik perhatian ramai mengenai teknologi dan
aplikasi ‘geospatial’.
‘Globe
virtual’ ini dapat memperlihatkan rumah, warna kereta, dan bahkan bayangan
orang dan jalan. Resolusi yang tersedia
tergantung pada tempat yang dituju, tetapi kebanyakan daerah (kecuali beberapa
pulau) dicakup dalam resolusi 15 meter. Las Vegas, Nevada dan Cambridge,
Massachusetts memiliki resolusi tertinggi, pada ketinggian 15 cm (6 inci).
Google Earth memolehkan pengguna mencari alamat (untuk beberapa negara),
memasukkan koordinat, atau menggunakan ‘mouse’ untuk mencari lokasi.
Google
Earth juga memiliki data model elevasi digital (DEM) yang dikumpulkan oleh Misi
Topografi Radar Ulang Alik NASA. Ini bermaksud, seperti contoh kita dapat
melihat Grand Canyon atau Gunung Everest dalam tiga dimensi, sedangkan hanya 2D
di program mahupun peta lain. Sejak November 2006, pemandangan 3D pada
pegunungan, termasuk Gunung Everest, telah digunakan dengan penggunaan data
DEM.
Google
Earth mampu menunjukkan semua gambar permukaan Bumi dan juga merupakan sebuah
klien Web Map Service. Google Earth mendukung pengelolaan data Geospatial tiga
dimensi melalui Keyhole Markup Language (KML).Google Earth memiliki kemampuan
untuk memperlihatkan bangunan dan struktur (seperti jambatan) 3D, yang meliputi
buatan pengguna yang menggunakan SketchUp, sebuah program pemodelan 3D.
Keterangan :
1. Panel Cari
Untuk mencari
tempat dan arah serta mengelola hasil pencarian.
2. Ikhtisar peta
Untuk melihat
perspektif tambahan di Earth.
3. Sembunyikan/Tampilkan
sidebar
Untuk
menyembunyikan atau menampilkan sidebar (panel Cari, Tempat, dan Lapisan).
4. Penanda tempat
Untuk
menambahkan penanda tempat lokasi.
5. Poligon
Untuk
menambahkan poligon.
6. Jalur
Untuk
menambahkan jalur (garis atau beberapa garis).
7. Hamparan Gambar
Untuk
menambahkan hamparan gambar di Earth.
8. Pengukur
Untuk mengukur
jarak atau luas area.
9. Matahari
Klik untuk
menampilkan cahaya matahari di seluruh lanskap.
10. Langit
Untuk melihat
bintang, konstelasi, galaksi, planet, dan bulan.
11. Email
Untuk mengirim
tampilan melalui email.
12. Cetak
Untuk mencetak
tampilan Earth aktif.
13. Tampilkan di Google Maps
Untuk
menayangkan tampilan aktif Google Maps di peramban web.
14. Kontrol navigasi
Untuk
memperbesar, melihat dan berkeliling
15. Panel Lapisan
Untuk
menampilkan tempat menarik.
16. Panel Tempat
Untuk mencari,
menyimpan, mengatur, dan mengunjungi ulang penandaan tempat.
17. Tambahkan Konten
Klik untuk
mengimpor konten yang menari dari Galeri KML
18. Penampil 3D
Untuk melihat
globe beserta datarannya di jendela ini.
19. Panel status
Untuk melihat
koordinat, ketinggian, tanggal pencitraan dan status streaming.
5.2 Google Maps
5.3 Google Translet
Google
translet digunakan untuk menterjemah pelbagai jenis bahasa dengan mudah dan
cepat. Jika menggunakan Google Translate, proses penterjemahan boleh dilakukan
dalam perkataan dan ayat lengkap. Google translet boleh membantu pelajar yang
lemah dalam bahasa inggeris dan memudahkan mereka mendapatkan maklumat dengan
lebih cepat. Kini hasil terjemahan Google Translate semakin baik.
5.3.1 Cara menggunakan google translet
1 Buka halaman http://translate.google.com/
2 Pilih form dan pilih
bahasa yang ingin diterjemahkan
4 Hasil terjemahan ditampilkan sebelah halaman
6.0 Pembelajaran Geografi Menggunakan Google
Earth
Pada pembelajaran geografi
di sekolah mahupun pengajian di peringkat tinggi, kita sering mengalami masalah
berhubung dengan pemetaan misalnya contoh-contoh foto udara hasil dari
penderiaan jauh yang tidak dikemaskini (terbaru). Dengan adanya Google Earth
dan Google Maps yang lebih mudah untuk diakses dan lebih cepat, sangat membantu
dalam proses penyampaian informasi pada orang ramai.
Sekarang kita
sudah boleh menggunakan kemudahan Google Earth pada telefon mudah alih berskrin
sentuh (touch screen) seperti smartphone Android atau iPad, kehebatannya
bertambah apabila mampu menunjukkan formasi bawah laut atau rupa bentuk bandar
mahupun muka bumi dalam bentuk 3-D.
Yang terbaru
adalah lapisan awan,Google Earth mampu menunjukkan hujan dan salji dalam pola
cuaca secara "real-time"di beberapa bahagian dunia. Ini dapat
membantu pelajar mengetahui pola cuaca di dunia. Setelah mengaktifkan lapisan
awan (clouds layer), pelajar hanya perlu zoom ke lokasi yang inginkan, pelajar
juga turut boleh zoom ke lapisan mana bahagian awan yang ingin lihat.
Bagaimanapun buat masa ini, kemudahan ini terbatas hanya untuk kawasan dari Amerika Utara dan Eropah
Barat, dan turut merangkumi beberapa tempat termasuk Pacific Northwest dan
England. Dengan mengaktifkan lapisan radar, pelajar boleh melihat di mana data
curah hujan juga tersedia .
Antara
kelebihan utama perisian ini ialah ciri-cirinya yang berupa sistem " real
time" nya yang selalu di kemaskini , seandainya di perluaskan satu hari
nanti, ini bermakna pelajar boleh menjejaki pola cuaca serta taufan dan memantau pergerakannya bergerak di peta.
Ini berpotensi untuk kajian masa depan jika sesuatu bencana akibat hujan yang
bakal melanda, kita boleh melakukan persediaan awal.
6.1 Kelebihan menggunakan Google Earth dalam
Pengajaran
I.
Dengan
Google Earth, pelajar dapat melihat dengan jelas lokasi tempat tinggalnya,
dapat mengetahui dimana dia berada malah dapat menelusuri daerah-daerah lain
dalam waktu yang singkat.
II.
Dapat
melihat gambar-gambar yang terkini di sesuatu kawasan menggunakan foto 3
Dimensi.
III.
Guru
tidak dibebankan dengan membentangkan peta yang berukuran besar dan globe yang,
tetapi guru hanya boleh membawa Laptop,
modem Internet, Layar Infokus (LCD), mengetahui bagaimana mengaktifkan aplikasi
Internet Explorer, Mozzila Firefox dan lain-lain, dapat memuat turun Google
Earth, dan tahu bagaimana menggunakan Google Earth.
IV.
Pelajar
akan lebih aktif untuk mengetahui apa yang terdapat didalam Google Earth.
Pembelajaran telah mengarah kepada pelajar aktif, bukan Pasif lagi yang hanya
mendengar, tetapi dengan Aplikasi Google Earth digunakan, pelajar diharapkan
mampu menunjukkan lokasi-lokasi tertentu di Globe.
V.
Dengan
Google Earth, kita juga mampu menjelajahi langit, bulan dan planet-planet jika
terdapatnya talian internet yang laju. Pelajar akan dapat mengenalpasti
bentuk-bentuk sistem suria dengan lebih cepat dan mudah.
6.2 Kelemahan Pembelajaran
dengan Google Earth
1
Penggunaan
Google Earth harus mempunyai talian internet dengan berkelajuan tinggi jika pembelajaran
secara online.
2
Terdapat
tempat-tempat yang sengaja di kaburkan.
3
Gambar
yang dipasang kadang-kadang tidak tepat.
7.0 Sejauhmanakah Web 2.0 mengembangkan pembangunan pada kemahiran dan pelajar pada abad ke 21.
7.0 Sejauhmanakah Web 2.0 mengembangkan pembangunan pada kemahiran dan pelajar pada abad ke 21.
Aplikasi
web 2.0 bukanlah merupakan perkara baru dalam dunia internet. Jika sebelum ini
masyarakat hanya menggunakan web untuk mencari maklumat semata-mata, tetapi
dengan kewujudan web 2.0 , komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain
menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan
sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi
kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.
Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para pendidik.
Penggunaan Web 2.0 ini membantu mengubah landskap abad ke-21 dalam bidang
pendidikan. Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar
untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar (Hargadon,
2009 dlm Nurfadzilah 2010:1).
7.1
Web 2.0 membantu mengembangkan pembangunan
pada pelajar.
Menurut kajian yang dijalankan oleh
Nurfadzilah, (2010 utm:9-12) Penemuan internet dianggap sebagai penemuan yang
cukup besar, yang mengubah dunia dari bersifat lokal kepada global. Ini kerana,
menerusi internet terdapat sumber-sumber informasi dunia yang dapat diakses
oleh semua pihak walau di mana mereka berada melalui jaringan internet. Melalui
internet, faktor jarak dan waktu bukan lagi menjadi masalah. Dunia seolah-olah menjadi
kecil, dan komunikasi menjadi mudah. Dalam hal ini Onno W. Purbo (2001 dlm
Nurfadzilah, 2010) menyifatkan bahwa internet juga telah mengubah cara
komunikasi massa dan penyebaran data atau informasi secara fleksibel dan
mengintegrasikan seluruh bentuk media massa konvensional seperti media cetak
dan audio visual. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial,
blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.
Pembelajaran menerusi web atau web based
instryctions (WBI) menurut Khan (1997 dlm Nurfadzilah 2010), merupakan
program pembelajaran berasaskan hipermedia yang memanfaatkan susun atur serta
sumber dari World Wide Web. Ianya berfungsi untuk membentuk persekitaran
pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar, di mana pembelajaran boleh
disokong dan dipertingkatkan dari pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran menerusi web mempunyai banyak kelebihan dan antara yang utama
menurut Alessi dan Trolip (2001 dlm Nurfadzilah 2010) di dalam buku mereka
bertajuk “Multimedia for Learning” adalah:
i.
Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana juga
mereka berada
ii.
Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan yang berada
di seluruh dunia.
iii. Pengurusan dan pengemaskinian
bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas
iv.
Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan
juga pendidik.
Hal ini, menerusi inovasi teknologi dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan pelajar dalam menguasai kecekapan pembelajaran menggunakan laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.
Kelly
dan littman (2000), dalam buku mereka The Art of Innovation, menyatakan bahawa
kreativiti dan inovasi ialah dua konsep yang saling berkait, dan kreativiti
ialah elemen penting bagi inovasi.
Nurfadzilah (2010 :13) Suasana pembelajaran
yang kompleks serta tidak berstruktur menyerupai keadaan dalam kehidupan yang
sebenar mampu disediakan menerusi pembelajaran secara terus menerusi internet.
Menurut Spiro (1991), kemudahan teknologi seperti hiperteks, audia, video,
animasi, simulasi dan interaktiviti membolehkan pembelajaran berasaskan teori
kognitif fleksibel dapat dilaksanakan dan diperkembangkan. Penggunaan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar memberi kemudahan untuk
berinteraksi secara bebas menerusi kemudahan mel elektronik, telesidang audio,
video dan forum perbincangan dan forum perbincangan elektronik pula membolehkan
perkongsian idea, percambahan pemikiran serta penerimaan terhadap perspektif
lain dilaksanakan. Secara tidak langsung memberi kemahiran penggunaan teknologi
dan membolehkan pelajar berfikir pada peringkat yang lebih tinggi.
The dan Fraser
(1994) dalam kajian mereka pula mendapati bahawa kaedah pembelajaran berasaskan
web dapat memudahkan proses penyampaian maklumat dan ianya turut memberikan
beberapa kelebihan kepada pelajar. Antaranya ialah ianya dapat memberikan
kemudahan penyimpanan maklumat yang banyak tanpa memerlukan ruang yang besar
seperti penyimpan maklumat di dalam buku ataupun di dalam fail. Ini merupakan
satu keunikan yang tidak dapat diberikan oleh kaedah pembelajaran yang lain.
Selain itu, menurut (Brusilvoy, 1996), pembelajaran menerusi web juga telah
membuka peluang baru dalam pembelajaran kepada semua di mana semua bahan untuk
proses pembelajaran mampu dicapai oleh jutaan pelajar seluruh dunia.
Teknologi Internet Sebagai Media Pendidikan
Internet
merupakan jaringan yang terdiri daripada ribuan bahkan jutaan komputer,
termasuk di dalamnya jaringan yang menghubungkan saluran (satelit, telefon,
kabel) dan jangkauanya mencakupi seluruh dunia (Kamarga, 2002). Jaringan ini
bukan merupakan suatu organisasi kerana tidak ada pihak yang mengatur dan memilikinya.
Internet wujud sewaktu perang dingin sekitar tahun 1969 dan digunakan pertama
kali untuk keperluan pertahanan (Ahmad Bustami, 1999 dlm Nurfadzilah 2010:17).
7.2 Web 2.0 membantu
mengembangkan pembangunan pada kemahiran
pembelajaran
Teknologi pendidikan pula
melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden yang meliputi kemudahan
pelajar, perkaedahan dan penyesuaian bahan dengan persekitaran agar ia dapat
menimbulkan rangsangan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Proses
pembelajaran menerusi penggunaan video telah mempermudahkan pengajaran guru
kerana pelajar berpeluang melihat situasi-situasi sebenar dari luar yang tidak
dapat dibawa ke dalam bilik darjah. Contohnya gempa bumi, habitat sesuatu
kawasan, kehidupan haiwan, pembiakan organism dan sebagainya. Dengan ini,
pelajar lebih mudah memahami apa yang diterangkan oleh guru. http://ge2123.tripod.com/YapSiewYun/Esei.htm.
Kemahiran
E-Pembelajaran kepada pelajar
E-pembelajaran
merupakan penggunaan teknologi dalam pembelajaran untuk menyampaikan maklumat.
Konsep e-pembelajaran juga berubah apabila masa berlalu. Dublin (2003) dapati
bahawa perkataan tersebut pada tahun 2000 adalah rujuk kepada pembelajaran
berasaskan komputer khususnya dalam intranet dan internet. Clark dan Mayer
(2003) bersetuju dengan definisi tersebut dengan menambah lagi bahawa isi
kandungan e-pembelajaran harus mengambilkira objektif pembelajaran, kaedah
pembelajaran untuk membantu pembelajaran, elemen media yang berlainan untuk
menyampaikan isi kandungan dan mencuba membina pengetahuan baru dan kemahiran
yang berhubung dengan matlamat pembelajaran secara individu.
Oleh itu aplikasi Web 2.0 dilihat dapat
membantu mengatasi kekangan sistem e-pembelajaran kerana aplikasi Web 2.0
sangat popular dan menambahkan kemahiran di kalangan remaja yang sebahagian
besarnya adalah pelajar. Terdapat banyak jenis aplikasi Web 2.0 seperti laman
wiki, blog, laman perkongsian video, laman perkongsian dokumen, laman
perkongsian foto dan rangkaian sosial yang jika digunakan sebaiknya dapat
membantu sistem pengajaran dan pembelajaran . Contoh-contoh Web 2.0 ini adalah
Wikipedia, BlogSpot, Youtube, SlideShare, Scribd, Flickr dan Facebook. Setiap
halaman mempunyai hak sendiri berdasarkan fungsi mereka untuk menarik pengguna
internet. Aplikasi web 2.0 boleh memberikan maklumat yang bermanfaat kepada
masyarakat dan jika kita melihat dari sudut pembelajaran ia juga menjadi media
yang berkesan dalam pendidikan.
Kelebihan
dan Kesan E-pembelajaran Terhadap Pelajar
Dalam
Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) yang telah diumumkan, kerajaan Malaysia
telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan
negara dalam mencapai impian Wawasan 2020. Dengan ini, e-pembelajaran
ditekankan untuk memainkan peranan yang penting supaya mencapai matlamat
tersebut (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006).
E-pembelajaran
mempunyai sifat yang unik yang menyebabkan sekolah atau universiti memilih
e-pembelajaran untuk menyampaikan P&P. E-pembelajaran dapat menjimatkan kos
pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah, bahan bercetak,
kos perjalanan dan sebagainya (Hartley, 2003). Contohnya, suatu kursus dapat
disampaikan kepada bilangan pelajar secara maksimum sekaligus pada satu masa
tanpa kekangan saiz ruang bilik darjah. Dengan bantuan teknologi seperti
komputer dan Internet, masalah bilangan pensyarah yang tidak mencukupi dapat
diselesaikan kerana pensyarah dapat dikongsi (Hasani, 2004 dlm Nurfadzilah 2010:17
).
E-pembelajaran
dapat membekalkan pembelajaran masa nyata (real time learning) atau membekalkan
maklumat yang terbaru pada bila-bila masa (Eklund, Kay dan Lynch, 2003).
E-pembelajaran
melalui internet terutamanya dapat membenarkan pelajar mengikut pembelajaran
dimana-mana tempat berdasarkan keupayaan masing-masing serta mengikut
kesesuaian masa sendiri. Hal ini bermaksud seseorang dapat belajar secara
fleksibel (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Sifat sedemikian akan membantu
masyarakat menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.
Seseorang pelajar juga dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran melalui e-pembelajaran. Pelajar dapat mencapai
maklumat yang meluas apabila perlu. Maklumat dapat dikongsi antara individu
dengan pakar dalam bidang tertentu yang dikenali melalui e-mail, chat-room atau
papan buletin (Aldrich, 2003). Masa untuk proses pembelajaran secara langsung
disingkatkan menurut Nurfadzilah 2010.
Justeru
itu, sifat e-pembelajaran yang bertumpu pada kesesuaian pelajar menyebabkan
pusat pembelajaran berubah dari guru ke pelajar (Eklund, Kay dan Lynch, 2003).
Pelajar diberi kebebasan untuk belajar secara berdikari dan perlu
bertanggungjawab dalam pembelajaran. Pelajar perlu rancang masa untuk belajar
dan bersedia mencari maklumat berdasarkan daya inisiatif sendiri (Mohd
Koharuddin et al., 2003). Dengan perkataan lain, motivasi seseorang
pelajar amat penting untuk mengekalkan inisiatif supaya terus mengikuti
e-pembelajaran. Didapati e-pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar.
Hazura Mohamed et al. (2005) dalam kertas kerjanya yang mengkaji kesan
e-pembelajaran mendapati semua responden mempunyai motivasi untuk belajar yang
sederhana atau ke atas apabila berhadapan dengan e-pembelajaran.
Oleh
itu, setiap guru harus mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiaran yang
berkaitan dengan pemilihan, penggunaan dan penilaian media teknologi
pendidikan. Dengan perkataan lain para guru harus inovatif dalam menggunakan
pelbagai media seperti buku, transperasi, televisyen, radio, komputer dan
sebagainya dengan secara lebih kreatif untuk meningkatkan kemahiran dan
penguasaan pelajar-pelajar dalam penggunaan internet dan pembelajaran menerusi
web.
7.3 Web 2.0 Mengembangkan Pembangunan pada
abad ke-21 dalam Pendidikan.
Abad ke-21 membawa
masyarakat dunia ke satu fasa penganjakan paradigm kehidupan. Ini meliputi
penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi
penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi. Abad ke-21
sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan
kepantasan dan menjumudkan factor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam
‘open sky technology’ membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat.
Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah
dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Perkembangan
yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah
mempengaruhi sistem komunikasi global.
Kemajuan
dalam bidang komunikasi telah memberikan pengaruh yang besar kepada bidang
pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia abad ke-21. Kesan
globalisasi terhadap sector pendidikan sangat ketara di negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, New Zealand, Jerman
dan Russia. Ini dapat dilihat dengan pertambahan pelajar luar Negara yang
belajar di institusi pengajian tinggi negara-negara tersebut. Demikian juga di
Malaysia, pendidikan Tertiari menunjukkan fenomena yang sama di mana pada
setiap tahun universiti-universiti tempatan di Negara kita menerima
pelajar-pelajar dari seberang laut semakin meningkat.
Malaysia
ke arah pendidikan bertaraf dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun
Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri di Sidang Kemuncak Pendidikan
2004, beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia
merupakan agenda kerajaan saya”. Pendidikan bertaraf dunia merupakan wahana
penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat
Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima
sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah
pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber
manusia kea rah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf
dunia atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insan.
Tepat
pada masanya, wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam
lingkungan abad ke-21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan
yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud
sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online “world class
is defined as being of the highest caliber in the world”. Malah pendidikan
bertaraf dunia diberi maksud di mana satu pencapaian yang tertinggi atau yang
setaraf dengan dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta
dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,
kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa
atau dunia.
menjadikan
pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang dibuat mestilah sesuai dengan
tuntutan semasa. Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan masa kini yang hangat
diperkatakan ialah Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah diilhamkan
apabila pemimpin-peminpin negara melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang
turut mempengaruhi Malaysia. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan
kea rah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus
pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Proses utama
Pembestarian Sekolah ialah melatih guru dan murid agar berkemahiran dalam
bidang ICT. Justeru , kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang
boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri
(self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada
perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).
Pewujudan
Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru
di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian
pendidikan bertaraf dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial
serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sebuah institusi
pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa
aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada
pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai serta pengurusan sekolah yang efektif.
Dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007, dasar
utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan
pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT.
Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran
atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan
ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem
pengurusan sekolah. Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambil kira semua
inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari,
projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah, projek pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet
(projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua
sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi
pengurusan, pengisian dan latihan. Kementerian Pelajaran akan menyelaraskan
semua inisiatif ICT ini bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan
keberkesanan system pengurusan supaya boleh dilaksanakan secara cekap dan
efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran.
Penggunaan
ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum,
pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah dalam bidang pengurusan
sekolah. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua
inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu
hardware, software dan wetware. Untuk itu, Kementerian Pelajaran telah pun
membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak,
server, projector dan rangkaian.
Pembestarian
sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational
Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran
dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan
kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke
semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personal di pelbagai
peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut dibimbing dan dilatih
menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.
Dalam
menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak harus
mengorak langkah yang proaktif. Perubahan kea rah system pendidikan bestari
adalah suatu usaha yang amat baik. Melalui pembestarian sekolah ini akan
membentuk modal insane yang berkemahiran dalam bidang ICT kea rah masyarakat
k-ekonomi, mengimbang jurang digital antara bandar – luar Bandar dan pedalaman,
membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf
dunia.
7.4 Web 2.0 Mengembangkan Pembangunan pada
Abad-21 bagi Guru-guru.
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan
kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan
tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan
oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri
generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
·
kaya
maklumat (termasuk sains dan teknologi)
·
kekuatan
minda (kreatif dan proaktif)
·
nilai-nilai
luhur dan murni (termasuk penyayang)
·
semangat
jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
·
ketrampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri
manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru
pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut:
·
menguasai
subjek (kandungan kurikulum)
·
mahir
dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
·
memahami
perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
·
memahami
psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
·
memiliki
kemahiran kaunseling
·
menggunakan
teknologi terkini
·
dapat
menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
·
boleh
bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
·
memiliki
keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik
Satu agenda dalam program
pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari telah
mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum,
sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada
reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid
bin Mohd Nordin, memberi ciri-ciri guru
bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana
mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran
semasa. Pendidikan Bestari antara lain
menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar
mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan
menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan
anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya
menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita. Cabaran terbesar bagi
para pendidik ialah mereka harus mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan
berikut secara komited dan ikhlas:
1.
Membina
Budaya Ilmu
Kemampuan para pendidik
ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan
perkembangan semasa, seperti:
I.
Teknologi
dan perkomputeran di
mana para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk
melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi
serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat
untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
II.
Selain
itu, para pendidik juga harus mempunyai kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif supaya pelajar-pelajar
dapat dididik menggunakan daya fikir
tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat
dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan
luar biasa.
III.
Kebolehan
menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes para pendidik seharusnya mempunyai
kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti
bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut
kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful
learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan
perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan
kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of
Learning iaitu:
·
Learning
to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)
·
Learning
to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
·
Learning
to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
·
Learning
to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
2.
Menerapkan
nilai-nilai murni/moral/akhlak
Nilai murni menitikberatkan perlakuan
baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan
Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
3.
Menguasai
pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran
tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah
sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada
tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada perubahan
keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan
hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologi dan
progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
4.
Membentuk
Masyarakat Madani
Pendidik yang profesional dapat
menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan
amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh
mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan
perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech,
dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka
konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat
Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau
tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang
pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
§ Prinsip berteraskan
keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan
dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat
§ Mendorong perkembangan
indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan
teknologi
§ Sistem sosial yang cekap
dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan
nafsu atau kepentingan individu
§ Mengamalkan akhlak terpuji
dan boleh diteladani
Bagi menentukan kejayaan
pencapaian matlamat sekolah, guru hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran
penggunaan komputer dan alat teknologi terkini serta pedagogi baru untuk
menghadapi cabaran di sekolah-sekolah. Guru bukan sahaja melaksanakan tugas
mengajar sahaja dan memberi limu pengetahuan tetapi berperanan mendidik pelajar
mengikut matlamat wawasan 2020 yakni melahirkan teknokrat-teknokrat yang bertaraf
dunia serta bermoral di samping membentuk generasi cemerlang yang mempunyai
daya kreativiti dan daya saing seterusnya menjadikan Malaysia sebuah pusat
kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.
8.0 Kesimpulan
Perkembangan web 2.0 ke
seluruh dunia tidak boleh dielakkan lagi. Proses perkembangan semakin pesat dan
berubah mengikut peredaran semasa. Aplikasi web 2.0 banyak membantu guru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan banyak memberi manfaat kepada
keseluruhan manusia yang bijak menggunakannya. Contoh yang paling baik ialah Google
Earth. Google Earth memiliki banyak manfaat dalam pembelajaran Geografi. Dan
google earth juga memberikan kemudahan bagi pengajar dan pelajar. Pengajar dengan mudah dapat mencari informasi untuk
bahan bagi pelajarnyanya. Dan bagi pelajar itu sendiri, mereka akan lebih
memahami apa yang dipelajari dengan melihatnya sendiri di google earth dan
dengan kata lain google earth juga sebagai media pembelajaran bukan hanya
sebagai tempat untuk mcari informasi saja. Namun didalam kelebihan google earth
yang begitu banyak, juga terdapat kekurangan yang nampak seperti gambar-gambar
yang ada sering kali dipaparkan tidak tepat seperti yang nyata. Tempat-tempat
tertentu juga dikaburkan kerana bimbang akan membawa risiko kepada sesebuah
negara dari segi politik dan keamanan. Disarankan supaya google earth digunakan dan diaplikasikan
dalam pembelajaran geografi kerana ia menjimatkan masa dan tenaga serta
pelajar-pelajar dapat mengetahui lebih banyak informasi yang terbaru mengenai
sesuatu kawasan berbanding peta topografi yang tidak di kemaskini.
Rujukan
NUR FADZILAH BINTI OTHMAN.
(2009). Kajian Tahap Penggunaan
Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi
Awam di Malaysia. Unpublished master’s thesis. Universiti Teknologi Malaysia,
Malaysia.
http://ge2123.tripod.com/YapSiewYun/Esei.htm dimuat turun pada 10.10.2012.
http://komunikasi.us/index.php/mata-kuliah/rcm/12-response-paper-ptk-2012/1108-perkembangan-web-20-di-kalangan-era-globalisasi dimuat turun pada 10.10.2012.
http://hairilhazlan.com/2009/apa-itu-web-1-0-2-0-dan-web-3-0/
dimuat turun
pada 10.10.2012.
http://aprilinaputri19.wordpress.com/2012/03/23/perkembangan-web/ dimuat turun pada
10.10.2012.
http://myfad97.blogspot.com/2011/03/perkembangan-web-10-20-30.html dimuat turun pada 10.10.2012.
http://www.slideshare.net/harisetiaji31/perkembangan-web dimuat turun pada 10.10.2012.
http://pelitarezza.blogspot.com/2012/10/perkembangan-web.html dimuat turun pada 10.10.2012.
http://satriadery32.blogspot.com/2012/03/perkembangan-web.htm dimuat turun pada 2.11. 2012
http://ptmk.ump.edu.my/index.php/artikel/69-telekomunikasi/198-sejarah-internet-malaysia.html dimuat turun pada 2.11. 2012
oreilly.com/web2/archive/what-is-web-20.html dimuat turun pada 2.11. 2012
www.paulgraham.com/web20.html dimuat turun pada 2.11. 2012
www.webopedia.com/Web_2_point_0.html dimuat turun pada 2.11. 2012
http://whatis.techtarget.com/definition/Web-20-or-Web-2 dimuat turun pada 2.11. 2012
http://kampuslifeofstylish88.blogspot.com/2010/02/ciri-ciri-web-20.html dimuat turun pada 2.11.
2012
http://www.ihsanfirdaus.com/mengenal-pengertian-web-2-0-dan-cirinya/ dimuat turun pada 27.11.2012
http://www.candra.web.id/2012/08/22/ciri-dan-teknologi-web-3-0/ dimuat turun pada 27.11.2012
http://shadowsquad.wordpress.com/2008/12/20/35/ dimuat turun pada 27.11.2012
http://netsains.net/2007/07/setelah-web-20-kini-giliran-web-30/ dimuat turun pada 27.11.2012
1 comments:
Di dalam blog ini memfokuskan mengenai Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Tajuk blog ini sangat menarik untuk semua pelajar-pelajar bagi menyiapkan kertas kerja dengan mencari maklumat yang terperinci. Sebagai bahan rujukan, di sini saya mempunyai laman web yang boleh membantu anda semua mencari maklumat yang lengkap dengan hanya melayari assignment helper malaysia iaitu mempunyai isi kandungan yang lengkap dan sangat berkualiti baik. Dengan itu,ia dapat membantu anda semua di dalam bidang penulisan ini.
Terima Kasih di atas perkongsian yang baik ini.
Post a Comment