iStudyAlarm
iStudy Alarm ini merupakan salah satu strategi pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar keintelektualan pelajar. Sesiapa boleh menguji keupayaan minda dan otak dalam mengakses sesuatu maklumat dalam suatu jangka masa yang ditetapkan. Malah, ia merupakan salah satu teknik latih tubi, pra peperiksaan dan simulasi. Bermain sambil belajar adalah aktiviti yang menyeronokkan di samping dapat membuat refleksi kendiri. Ia juga berguna dalam membantu pelajar mengurangkan tekanan pada waktu-waktu peperiksaan. StudyAlarm amat berguna digunakan oleh pelajar terutamanya yang akan menjalani peperiksan kerana iStudyAlarm boleh membantu mereka untuk menguruskan masa belajar, berehat, membuat refleksi terhadap apa telah mereka pelajari dan sebagainya. Guru juga boleh menggunkan iStudyAlarm ini untuk menguruskan masa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru boleh memperuntukkan masa untuk set induksi, masa untuk penerangan, masa untuk sesi soal jawab dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi ini dan dengan itu guru boleh menggunakan masa dengan efektif dan efisian.
1 comments:
lets try dis guys
Post a Comment