KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

http://www.moe.gov.my/

Geografi

Geografi dan Alam Sekitar

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

http://www.ums.edu.my/v5/

DPLI 2012/2013

"Selamat Datang Ke Blog Kami"

Sunday, December 30, 2012

EDUCATIONAL TECHNOLOGY

Teknologi pendidikan dalam istilah bahasa Inggris disebut dengan “instructional technology” atau “Education technology”. Teknologi pendidikan  ini mengutamakan media komunikasi yang berkembang secara pesat sekaligus dapat dimanfaatkan dalam pendidikan. 

Saturday, December 29, 2012

Assignment

Friday, December 28, 2012

Assignment




UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


SEKOLAH PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL

    
SEMESTER II SESI 2012/2013

    

BIL
NAMA AHLI
NO.MATRIK
1.
SALFANITA BINTI ANSENDEN
PT122335CT
2.
NUR ADHWA BIN MOHD HAMIS
PT122334CT
3.
NORHAFIZA BINTI CHE HUSSIN
PT122186CT
4.
TENGKU SUHAILA LONG JUSOH
PT122279CT















1.0      Pengenalan
Perkembangan Sains dan Teknologi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada abad ke 21 telah mengubah sistem pendidikan negara secara kesuluruhannya. Pada masa dahulu, seseorang guru biasanya menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan hanya menggunakan buku, kapur dan papan tulis. Namun begitu, anjakan paradigma dan kemodenan dalam sistem pendidikan negara, mutu pendidikan telah mengalami perubahan melibatkan pelajar dan juga guru. Pelbagai bentuk kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan untuk menaiktaraf mutu pendidikan negara pada masa kini.
Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat berkomputer telah membawa kepada e-learning atau e-pembelajaran. Menurut Masher (2005), e-pembelajaran telah mengubah landskap pembelajaran dari pengajaran di bilik darjah kepada pembelajaran di depan komputer. Oleh itu, pembelajaran menjadi semakin dinamik dan strategi dan penilaian yang efektif menjadi semakin penting. Walaupun negara kita masih mengamalkan sektor pengajaran dan pembelajaran secara traditional namun begitu, dengan adanya teknologi ini, ia telah membantu guru dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kearah yang lebih berkesan.
          Pembelajaran melalui internet telah mengorak langkah baru yang mana satu kaedah pembelajaran melalui kemudahan web 2.0 mula diperkenalkan. Era Web 2.0 telah mengubah paradigma besar dalam dunia internet masa kini. Ianya merupakan sebuah platform dalam menyampaikan informasi serta menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui internet. Aplikasi yang dijalankan secara online tersebut membolehkan para pengguna bersama-sama berkongsi maklumat serta menggunakan aplikasi yang terkandung di dalamnya.
Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar (Hargadon, 2009). Menurut Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan hasil pembelajaran.S elain itu, Bower (1998) pula menekankan lagi bahawa pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih alternatif dan perlu ditingkatkan.

2.0      Perkembangan Internet sebagai media pendidikan

Asal-usul internet bermula semasa Perang Dingin. Satu rangkaian telah dicipta untuk menghubungkan semua komputer tentera di sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, peralatan tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan melalui talian telefon. Dua mesin pertama telah berjaya disambungkan pada akhir tahun 1969.
Dalam 15 tahun pertama selepas terciptanya rangkaian ini, tapak yang tersambung hanyalah tapak-tapak tentera dan akademik. Pelbagai rangkaian telah didirikan termasuk ARPAnet yang menyambungkan universiti.universiti di Amerika Syarikat dan MILnet yang menyambungkan pangkalan-pangkalan tentera. ARPAnet (Advanced Research Project Agency) adalah salah satu bahagian Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat turut menghasilkan kaedah pensuisan paket (packet swiching) bagi menghubungkan pelbagai jenis komputer.
Menjelang tahun 1970, rangkaian komputer yang pertama menggunakan teknik pensuisan paket di Amerika Syarikat telah menghubungkan sistem komputer di University of California di Los Angeles (UCLA), University of California di Santa Barbara (UCSB), Stanford University dan University of Utah di Salt Lake City.
Pada 1972, terdapat 40 tapak rangkaian yang kecil dihubungkan kepada rangkaian ARPAnet. Ketika itu, rangkaian ini digunakan untuk menghantar fail teks yang kecil di antara pengguna. Kini ia lebih dikenali sebagai E-Mail dan semakin popular digunakan.
Pada awalnya piawai komunikasi yang asal dikenali sebagai NCP "Network Control Protocol". Setelah mengkaji teknik yang lebih canggih piawai kualiti tinggi digunakan iaitu TCP/IP .TCP (Transmission Tranfer Protocol) dimana ia akan mengubah mesej kepada bentuk paket di sumber dan kemudiannya akan mengubah semula kebentuk mesej di destinasi. IP (Internet Protocol) pula mengendalikan alamat. ARPA bukan sahaja mempelopori NCP malah Ethernet, FDDI dan X.25.

Pada tahun 80-an, rangkaian-rangkaian ini mula disambungkan secara komersial. Kita boleh mengunjungi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dan pada masa inilah istilah "internet" mula digunakan. Pada masa itu juga, perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan. Sehingga 1990, internet lebih banyak digunakan dalam bidang penyelidikan saintifik. Apabila penggunaan internet oleh komuniti saintifik semakin berleluasa, orang awam juga mula menyedari potensi internet sebagai sejenis medium komunikasi, hiburan dan pendidikan sedunia. Walaupun dimulakan sebagai sebuah rangkaian ketenteraan, kini terbuktilah internet mempunyai banyak kegunaan lain.
Jika dilihat dahulu, hanya terdapat 4 nod sahaja dalam rangkaian ARPAnet. Tetapi kini terdapat 10 ribu nod dalam internet, yang tersebar melebihi 42 negara seluruh dunia. Pada hari ini, terdapat lebih daripada 40 juta pengguna internet di seluruh pelusok dunia.

2.1      Perkembangan Internet di Malaysia
Rangkaian internet dilancarkan pada tahun 1987 apabila Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau RangKom. Kemudian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom dilancarkan pada tahun 1990. Pada tahun 1987, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa telah ditubuhkan. Universiti-universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.
Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING telah dirumuskan, dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan ke dalam projek JARING. MIMOS yang dikenalikan oleh 5  pakar komputer iaitu Dr  Mohd Azzman UM, Dr Awang Lah UM, Dr Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM),  Dr Mohd Zawawi Ismail (UTM) mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial. JARING juga dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.
Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps. Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.
Pada bulan Jun 1994, JARING bergerak dengan lebih cemerlang lagi dan Internet boleh diakses melalui nodnya yang ditempatkan di seluruh negara. Nod JARING pada masa tersebut ditempatkan di 16 buah bandar utama di Malaysia, iaitu di Damansara, Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Melaka, Seri Gading, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur. Ini membolehkan lebih ramai pengguna mencapai JARING/Internet dengan panggilan telefon tempatan. Rangkaian JARING turut boleh dimanfaatkan oleh pengguna dari Singapura, Brunei, dan Thailand.
Dari segi perkembangan keahlian JARING/Internet pula, sebanyak 27 organisasi dan jabatan kerajaan telah menjadi ahli pada awal tahun 1992. Lebih 200 pelanggan dalam negara menggunakan kemudahan ini pada akhir tahun 1992. Keahlian JARING dikategorikan kepada pelajar, orang perseorangan dan organisasi. Orang perseorangan dan pelajar hanya boleh mengakses Internet melalui talian dail sahaja, sementara organisasi boleh mengakses melalui talian dail atau litar suwa. Keahlian JARING di sepanjang tahun 1994 meningkat kepada 1,693 ahli individu dan 254 syarikat.
Dalam tahun 1995 pula, JARING ditingkatkan keupayaan bagi menampung pertambahan keahlian dan penggunaan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik. Tumpuan utama ialah mengukuhkan prasarana tulang belakang JARING melalui tambahan nod, talian di antara nod, dan peningkatan kelajuan beberapa talian suwa serta bilangan talian dail.

Dalam tahun 1995 juga talian yang menghubungkan nod-nod di Pulau Pinang dan Johor Bahru telah ditingkatkan kelajuannya dari 64Kbps kepada 2.048Mbps. Sehingga akhir tahun 1995, lebih 1,000 talian untuk pengguna talian dail telah disediakan. Sebanyak 40 nod baru telah dipasang dalam tahun 1996 sebagai tambahan kepada 21 nod pada tahun sebelumnya.
Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana tulang belakang.
Untuk membuka peluang yang lebih luas kepada umum, JARING telah memeteraikan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa syarikat Pembekal Perkhidmatan Akses JARING (JASP) pada 1 Ogos 1996. Ia memudahkan orang ramai mendapat khidmat sokongan bagi mengakses Internet.
Seterusnya, pada tanggal 7 November 1996 JARING telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Asia Internet Holding (AIH) dari Jepun bagi mempertingkatkan perkhidmatan Internet untuk pengguna tempatan dan Asia Pasifik. Rangkaian yang dinamakan JARING-A-Bone ini memudahkan pengguna Internet menghubungi halaman web di rantau Asia. Hubungan tersebut menyediakan akses lebih cepat dan secara terus bagi pengguna kepada negara-negara Asia yang dihubungkan dengan A-Bone. Pada bulan Mei 1997, JARING mula menawarkan perkhidmatan perayauan antarabangsa yang meliputi lebih 150 negara.
Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET 97. Selanjutnya pada akhir tahun 1997, jumlah keahlian JARING meningkat melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.

Bagi menampung pengguna yang semakin meningkat dan semakin memerlukan perkhidmatan terbaik, maka pada 1 November 1996, Telekom Malaysia Berhad telah memulakan perkhidmatan TMNet, sebagai Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) kedua Malaysia setelah mendapat lesen daripada pihak kerajaan. Penggunaan Internet dijangka akan terus berkembang dengan cepatnya sebagai media komunikasi multimedia utama dunia yang akan membawa kita semua ke alaf ke 21. Kita amat bertuah kerana telah dapat mengenalpasti potensi Internet lebih 10 tahun dahulu berbanding dengan negara lain di rantau ini.


3.0      Sejarah Web 2.0
Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

3.1      Definisi Web 2.0
Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut.
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan mem         benarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi

3.2      Ciri-ciri Web 2.0
Menurut Tim O’Reilly (2005), terdapat beberapa ciri yang menggambarkan web 2.0. Antaranya adalah:
       i. Web sebagai platform.
Platform di sini membawa maksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan. Contoh platform yang terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan internet sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan lansung di ata     s internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google, yang mana boleh diakses melalui mana-mana sistem operasi. Kelebihannya ialah aplikasi-aplikasi web 2.0 ini tidak lagi terbatas penggunaannya kepada satu sistem operasi sahaja. Malah kita tidak perlu untuk memasukkan apa-apa sistem untuk menggunakannya.
          ii. Gabungan maklumat dan pengetahuan.
Aplikasi web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklumat dari banyak pihak secara kolektif. Hasilnya ialah satu medan pengetahuan yang sangat besar hasil daripada gabungan pengetahuan pelbagai pihak. Contoh yang dapat kita lihat adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia atas talian (online) yang membolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel yang dipaparkan. Hasilnya adalah sebuah ensiklopedia atas talian besar yang sangat lengkap artikelnya. Contoh yang lain adalah del.icio.us, di mana semua orang akan memaparkan link-link menarik yang mereka temui di internet. Melaluinya kita dapat melihat pelbagai bahan yang menarik hasil gabungan ribuan orang. Jaringan pengetahuan ini ibarat sel-sel otak yang saling terkait antara satu sama lain di dalam otak kita.
           iii. Kekuatan data.
Kekuatan web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh asas data yang kuat dan unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google, yang mana kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data bagi laman-laman web di internet. Amazon.com juga adalah salah satu contoh yang boleh kita lihat. Laman web ini memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tetapi juga lengkap dengan aplikasi seperti review, kadar pengguna, link ke buku-buku lain dan sebagainya.
           iv. Kitaran kemaskini perisian.
Tidak seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf setiap dua atau tiga tahun sekali misalnya Microsoft Office versi 97,2000, XP, dan seterusnya, aplikasi web 2.0 seringkali dikemaskini. Contohnya Google, seringkali dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu yang tertentu.
           v. Model aturcara yang mudah.
Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik-teknik model aturcara yang mudah seperti AJAX dan RSS. Ini membolehkan orang lain untuk mengguna semula layanan suatu aplikasi web 2.0 membentuk layanan baru. Contohnya adalah Google Maps, yang mana dengan mudahnya dapat digunakan oleh orang lain untuk membentuk layanan baru. Hasilnya adalah seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan Google Maps dengan Craigslist. Layanan seperti ini yang menggabungkan layanan dari aplikasi-aplikasi lain dikenali dengan  istilah mashup.
           vi. Integrasi perisian melalui pelbagai alat (Devices).
Aplikasi web 2.0 mampu berintegrasi melalui pelbagai alat. Ianya bukan hanya terbatas kepada platform komputer sahaja. Contohnya adalah iTunes dan TiVo. iTunes dari Apple dapat berintegrasi dari server Internet (dalam bentuk muzik online), ke komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), hinggalah ke mobile device (dalam bentuk iPod).
vii. Rich user experiences.
Aplikasi web 2.0 mempunyai antara muka pengguna yang hebat walaupun hanya beroperasi di dalam browser. Teknologi seperti AJAX membolehkan aplikasi seperti Internet mempunyai waktu gerak balas (response) yang cepat. Contohnya seperti Yahoo Mail dan Gmail, aplikasi email ini memiliki antara muka pengguna yang hebat. Dengan menambah pelbagai aplikasi di dalam email seperti IM (Intstant Messaging), pengguna dapat berinteraksi melaluinya.



Aplikasi web 2.0 tidak semestinya mempunyai kesemua ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Namun semakin banyak sesuatu aplikasi itu mempunyai ciri-ciri tersebut maka makin hebat aplikasi web 2.0 itu. Walaupun banyak contoh yang diberikan adalah dari Google tetapi masih banyak aplikasi web 2.0 yang lain. Google kini mendapat tempat antara yang teratas dalam aplikasi web 2.0. Pada September 2008, Google telah menghasilkan versi beta bagi web browser iaitu Google Chrome. Google Chrome dihasilkan untuk memperbaiki tahap kelajuan, keselamatan dan kestabilan browser. Menurut Net Application, pada Februari 2010 Google Chrome telah mendapat tempat ketiga bagi penggunaan web browser yang paling tinggi.
         
3.3      Perisian Web 2.0
                            I.        Templat atau reka bentuk
Seiring dengan penggunaan aplikasi dalam laman web, reka bentuk atau templat menjadi satu tarikan kepada pengguna untuk mengakses laman tersebut. Templat seharusnya boleh dipaparkan dengan baik pada mana-mana pelajar dan pada mana-mana versi keluaran. Templat juga perlu berupaya untuk memaparkan sebarang maklumat yang dihantar oleh pengguna secara praktikalnya dan tidak perlu diubah suai atau dikemaskini kembali oleh webmaster
                           II.        Carian maklumat
Salah satu cirri yang perlu ada untuk web 2.0 adala carian maklumat . walupun susunan maklumat pautan dan menu yang dimasukkan begitu teratur namun pengguna mahukan maklumat dicapai dengan lebih pantas. Fungsi carian ini membolehkan mana-mana pengguna mencari maklumat tertentu dengan hanya sekali klik sahaja dan menggunakan kata kunci tertentu. Laman tersebut akan memuatkan hamper ribuan artikel dan hanya sekali klik sahaja artikel tersebut akan terpapar seperti yang dikehendaki oleh pengguna.
                                   III.        RXL DAN XML
Tidak seperti web 1.0 aplikasi RSS dan XML membolehkan sebarang maklumat dikemaskini. Kemasukan bahan-bahan baru dan terkini atau artikel boleh dipindah masuk kemana-mana laman web yang lain. Teknologi RSS ( Really Simple Syndication) dan XML (Extensible Markup Language) membolehkan sebarang data yang dimuatkan dalam laman dihantar ke mana-mana bahagian yang lain. Ini membolehkan pengguna sentiasa mendapat maklumat terkini daripada laman anda tanpa perlu melayari laman web sebenar. Selain itu, teknologi ini membeolhkan dua laman web yang berbeza di integrasikan setiap maklumatnya tanpa perlu memuat naik kemabali artikel dari satu laman ke laman yang lain. Inilah yang dikatakan “social networking”  atau jaringan social antara satu dengan yang lain.
                                     IV.        AJAX
AJAX atau “Asynchnous Javascript and Xml” antara perkara yang mesti ada dalam web 2.0 untuk menjadikan web tersebut berfungsi seperti aplikasi desktop. Kelebihan Ajax ini dapat menguruskan sebarang maklumat tanpa perlu mengubah alamat atau sesuatu laman dilihat sebagai satu elemen yang membantu mempercepatkan pemprosesan data. Gabungan dua elemen pengaturcaraan iaitu Javascript dan Xml memantapkan pemprosesan data sehingga Ajax kini boleh digunakan pada laman web yang dijalankan pada server yang dinyahkod.

                                   V.        Carian pautan
Web 1.0 kebanyakkan pautan yang disediakan adalah static atau satu hala sahaja. Kemunculan web 2.0 meningkatkan fungsi pautan yang mana setiap pautan utama akan diceraikan sehingga ke bahagian kandungan yang memberikan kembali ke mana-mana artikel yang berkaitan. Contoh yang paling mudah adalah kehadiran breadcrumbs yang menyenaraikan setiap laluan pautan dari satu artikel ke satu artikel yang lain. Wikipedia.org merupakan contoh terbaik bagi aplikasi wen 2.0 yang menunjukkan setiap artikel yang dimasukkan, kandungan yang dipaparkan akan memuatkan kata kunci           tertentu kepada artikel lain berdasarkan kepada kata kunci yang tertera. Jaringan       pautan yang diwujudkan memudahkan pengguna untuk melompat dari satu artikel ke satu artikel yang laian dan mendapatkan maklumat yang lebih spesifik.  Selain itu, artikel yang sering dibaca dan lebih popular akan mendapat tempat tertinggi dan paling kerap muncul. Kelebihan ini adalah untuk menyampaikan maklumat yang terpentinga dahulu kemudian diikuti dengan kurang mendapat sambutan.
                                   VI.        Tag dan kata kunci
Teknik Search Engine Optimization sering kali menekan elemen tag untuk setiap artikel. Web 2.0 tidak ketinggalan untuk menempatkan cirri ini sebagai salah satu fungsi penting untuk diiktirafkan sebagai web 2.0 memandangkan elemen ini akan menempat artikel anda ke satu tahap yang lebih tinggi. Penggunaan tag adalah lebih spesifik kerana tag lebih berkaitan dan memberikan gambaran kasar untuk satu-satu artikel. Tag juga mengkategorikan artikel secara tidak langsung walaupun anda tidak menyediakan kategori khusus untuk artikel yang lain

4.0      Perkembangan Web
4.1      Web 1.0
Merupakan langkah awal kepada konsep evolusi world wide web. Ia merupakan satu pendekatan yang menjadi tumpuan oleh pengguna yang menggunakan web 1.0. web 1.o bersifat satu hala sahaja iaitu pengguna hanya dapat membaca maklumat tetapi tidak terikat dengan maklumat yang terdapat dalam laman web tersebut. Umumnya, maklumat yang terkandung laman web 1.0 hanyat terikat kepada suntingan luaran. Malah, maklumat juga tidak bersifat dinamik , hanya boleh dikemaskini oleh pemilik laman. Oleh itu, pengguna atau pengunjung hanya memperolehi maklumat sama ada sahih atau tidak tanpa dapat memberi komen atau memberi pandangan mengenai isu yang diutarakan. Era web 1.0 bermula sejak tahun 1990 sehingga tahun 2001. Ia merupakan generasi pertama dan asas kewujudan web 2.0, 3.0 dan seterusnya. Walau bagai manapun, hasil maklumat diperolehi melalui laman yang paling kerap dilawati di laman web. Secara teknologinya. Web 1.0 hanya mempersembahkan maklumat tetapi tidak boleh menyunting atau mencipta maklumat. Pengguna hanya melakukan pencarian mengenai informasi yang ingin dicari. Kelemahan dalam web 1.0 ialah,pengguna perlu memasuki laman web berkenaan dan mencari maklumat satu persatu pada konten yang disediakan. Contoh web 1.0 ialah Geocities dan Hotmail.

4.1.1  Elemen yang terkandung dalam web 1.0
·         Halaman bersifat statik, bukan dinamik pengguna dan isi kandungan  yang dihasilkan.
·          Penggunaan framesets.
·          Milik HTML  sambungan seperti dan tag diperkenalkan pada awal perang browser.
·         Online guestbook.
·         GIF tombol, biasanya 88×31 piksel dalam ukuran web browser dan mempromosikan produk lain.
·         Borang HTML dihantar melalui email. Oleh itu, Pengguna perlu mengisi borang yang terkandung dalam laman, dan setelah itu mereka mengklik dan mengirimkan email.  pelanggan  akan   menghantar email yang mengandungi maklumat borang.

4.2      Web 3.0
Menurut John Markoff web 3.0 adalah sekumpulan teknologi yang menawarkan cara baru yang lebih efisyen dalam membantu computer dalam mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online. Web 3.0 merupakan generasi ketiga selepas web 2.0. konsep 3.0 telah diperkenalkan oleh Tim Berness Lee, orang yang menemui world wide web menyatakan bahawa web 3.0 sebagai sebuah alat bagi mesin untuk membaca halaman-halaman laman web. Hal ini bermaksud mesin tersebut memiliki kemampuan untuk membaca web sama seperti manusia membaca sesuatu laman web. Web 3.0 diistilahkan sebagai web “read, write and execute”  yang memiliki web semantic yang memiliki format personal web.  Semantic web menggunakan teknologi artificial intelligence. Semantic web merujuk kepada setiap maklumat yang terlah dikategorikan disimpan dalam keadaan sebuah computer boleh memahaminya seperti manusia. Ia merupakan kombinasi antara artificial intelligence dengan semantic web. Web semantic akan mengajar computer mengenai data-data yang terkandung dan ini berkembang secara beransur-ansur menjadi artificial intelligence yang boleh menggunakan maklumat tersebut.

4.2.1    Konsep Web 3.0
·         Manusia dapat berkomunikasi dengan mesin pencari. Pengguna biasanya menggunakan Web untuk mencari suatu maklumat yang spesifik tanpa bersusah payah mencari data satu per satu dalam setiap laman Web.
·         Menyediakan maklumat yang relevan tentang informasi yang ingin dicari
·         Konsep Web Semantik membolehkan maklumat web dinikmati tidak hanya dalam bahasa ibunda pengguna, tetapi juga dalam bentuk format yang boleh diakses oleh berbagai software.
·                        Web 3.0 menawarkan kaedah yang efisyen dalam membantu komputer mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online. 
·                 Web 3.0 juga membolehkan ciri Web menjadi sebuah tempat penyimpanan data dengan kapasiti yang lebih besar.
·                 Web 3.0 menawarkan cara yang efisyen dalam membantu komputer mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online.

4.2.2  Ciri–ciri Web 3.0
·         Tranformation iaitu dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu
·         Ubiquitous Connectivity iaitu memungkinkan informasi diakses menjadi media
·         Network Computing iaitu perisian adalah sebagai model perniagaan, perkhidmatan laman web yang mempunyai dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran komputer, pengskalaan komputer,pelebar luasan komputer.
·         Open Technologies iaitu sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open source atau secara percuma
·         Open Identity and Open ID iaitu seluruh informasi adalah bebas
·         The interligent Web sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF, OWL, SWL, SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantik, dan statement-based data stores.
·         Distributed Database iaitu database disalurkan dalam WWD (World Wide Database)
·         Aplikasi bersifat pintar dan bijak

4.3      Web 4.0
Web 4.0 lebih dikenali sebagai web yang simbiotik (symbiotic web). Ini akan membolehkan kita untuk menghantar dan membina maklumat diantara satu dengan yang lain dengan cara yang lebih berkuasa. API atau application programming interface akan menjadi satu antara muka yang sedang dilaksanakan oleh program perisian yang membolehkan ia berinteraksi dengan perisian lain.
Web 4,0 boleh dianggap sebagai generasi mendalam di mana 3D digabungkan dengan Web 3.0, atau Web Semantik, untuk mewujudkan dunia maya seperti yang terdapat dalam permainan atau games. Ia merupakan satu kunci untuk mengawal hak digital yang menghalang penyalinan digital penyalinan sempurna kandungan. Menambat digital adalah relevan untuk semua bentuk kandungan dan menjadi isu utama untuk nilai tinggi (kos tinggi) maklumat seperti hak cipta pada filem, imej, dan banyak lagi.
Dengan proliferasi rangkaian dan kandungan dalam semua jenis, ia adalah penting bahawa kandungan asal akan dilindungi oleh pemilik. Satu menambat hak digital mengekalkan "Mashup video" dari sumber yang menyediakan perlindungan yang signifikan hak digital serupa dengan menyalin faks faks - kualiti mempersendakan ketara daripada menggunakan "skrin pengikis" pendekatan.
Impak besar jalur lebar tinggi dan peranti mudah alih adalah bagaimana ia akan mengubah cara kita berkomunikasi. Ia adalah satu prosedur untuk pembaikan enjin jet yang telah dirakam dengan telefon pintar dan diposkan kepada web serta-merta. Ini jenis komunikasi menggantikan kaedah lama yang memakan masa dan kos yang tinggi seperti penyuntingan pengedaran, dan menterjemahkan kertas. Keuntungan dalam produktiviti adalah sangat besar dan kualiti pemindahan pengetahuan dipertingkatkan dan boleh diperkuatkan, diperbaiki dan pada masa yang sama kos dan masa juga boleh dikurangkan.

5.0      Aplikasi Web 2.0
Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai tools atau alatannya yang tersendiri. Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai jenis alatan dalam web 2.0 antaranya adalah:
5.1      Google Earth
Google Earth antara aplikasi yang terkandung dalam web 2.0. Google Earth merupakan program yang memperbolehkan pengguna mengimbas pemandangan dunia (gambar sebenar tapi bukan masa-sebenar) dari atas langit secara maya. Pada asalnya Google Earth yang dicipta oleh Keyhole Inc dipanggil Earth Viewer, namanya ditukar setelah program tersebut dimiliki oleh Google. Imej pemandangan dari atas yang diperolehi dari perimejan satelit dan fotografi udara telah dicantumkan untuk menghasilkan peta bumi yang lengkap (piksel rendah bagi kawasan hutan).
Google Earth merupakan program memetakan bumi dari gambar yang dikumpulkan melalui pemetaan satelit, fotografi udara dan globe GIS 3D. Awalnya dikenal sebagai Earth Viewer, Google Earth dikembangkan oleh Keyhole, Inc. iaitu sebuah perusahaan yang diambil alih oleh Google pada tahun 2004. Perisian ini  kemudian diganti namanya menjadi Google Earth tahun 2005. Google juga menambah pemetaan dari data umumnya ke peringkat tinggi iaitu pemetaan berasakan web. kemunculan Google Earth menyebabkan sebuah peningkatan lebih kepada teknologi media mengenai ‘globe virtual’ antara tahun 2005 dan 2006. Teknologi ini menarik perhatian ramai mengenai teknologi dan aplikasi ‘geospatial’.
‘Globe virtual’ ini dapat memperlihatkan rumah, warna kereta, dan bahkan bayangan orang dan  jalan. Resolusi yang tersedia tergantung pada tempat yang dituju, tetapi kebanyakan daerah (kecuali beberapa pulau) dicakup dalam resolusi 15 meter. Las Vegas, Nevada dan Cambridge, Massachusetts memiliki resolusi tertinggi, pada ketinggian 15 cm (6 inci). Google Earth memolehkan pengguna mencari alamat (untuk beberapa negara), memasukkan koordinat, atau menggunakan ‘mouse’ untuk mencari lokasi.
Google Earth juga memiliki data model elevasi digital (DEM) yang dikumpulkan oleh Misi Topografi Radar Ulang Alik NASA. Ini bermaksud, seperti contoh kita dapat melihat Grand Canyon atau Gunung Everest dalam tiga dimensi, sedangkan hanya 2D di program mahupun peta lain. Sejak November 2006, pemandangan 3D pada pegunungan, termasuk Gunung Everest, telah digunakan dengan penggunaan data DEM.
Google Earth mampu menunjukkan semua gambar permukaan Bumi dan juga merupakan sebuah klien Web Map Service. Google Earth mendukung pengelolaan data Geospatial tiga dimensi melalui Keyhole Markup Language (KML).Google Earth memiliki kemampuan untuk memperlihatkan bangunan dan struktur (seperti jambatan) 3D, yang meliputi buatan pengguna yang menggunakan SketchUp, sebuah program pemodelan 3D.

Keterangan :
       1.       Panel Cari
  Untuk mencari tempat dan arah serta mengelola hasil pencarian.
       2.       Ikhtisar peta
  Untuk melihat perspektif tambahan di Earth.
       3.       Sembunyikan/Tampilkan sidebar
 Untuk menyembunyikan atau menampilkan sidebar (panel Cari, Tempat, dan  Lapisan).
       4.       Penanda tempat
   Untuk menambahkan penanda tempat lokasi.
       5.       Poligon
   Untuk menambahkan poligon.
       6.       Jalur
    Untuk menambahkan jalur (garis atau beberapa garis).
       7.       Hamparan Gambar
    Untuk menambahkan hamparan gambar di Earth.
       8.       Pengukur
    Untuk mengukur jarak atau luas area.
       9.       Matahari
    Klik untuk menampilkan cahaya matahari di seluruh lanskap.
      10.     Langit
    Untuk melihat bintang, konstelasi, galaksi, planet, dan bulan.
      11.     Email
    Untuk mengirim tampilan melalui email.
      12.     Cetak
    Untuk mencetak tampilan Earth aktif.
      13.     Tampilkan di Google Maps
    Untuk menayangkan tampilan aktif Google Maps di peramban web.
      14.     Kontrol navigasi
    Untuk memperbesar, melihat dan berkeliling
      15.     Panel Lapisan
    Untuk menampilkan tempat menarik.
      16.     Panel Tempat
  Untuk mencari, menyimpan, mengatur, dan mengunjungi ulang penandaan    tempat.
      17.     Tambahkan Konten
    Klik untuk mengimpor konten yang menari dari Galeri KML
      18.     Penampil 3D
    Untuk melihat globe beserta datarannya di jendela ini.
      19.     Panel status
    Untuk melihat koordinat, ketinggian, tanggal pencitraan dan status streaming.

5.2      Google Maps
Google Maps adalah sebuah peta globe virtual dan online disediakan oleh Google (http://maps.google.com) . Ia menawarkan peta yang dapat dilihat dan gambar satelit untuk seluruh dunia. Google baru saja memperkenalkan ciri Earth View di dalam Google Maps. Dengan ciri ini, pengguna dapat melihat perspective 3D di dalam Google Maps yang sebelumnya hanya boleh dilakukan oleh Google Earth. Bagi mengaktifkan ciri Earth View, klik button “Earth” di kanan atas, bersebelahan dengan button Map dan Satellite. Seluruh ciri di Google Maps boleh dijalankan pada paparan Earth View kecuali paparan layer Webcams, Buzz & Bicycling dan juga traffic info. Pengguna masih boleh menggunakan aplikasi get directions dengan paparan Earth View, bahkan tetap dapat menambahkan MyMaps di dalamnya. Perpindahan dari paparan  Maps ke Earth View juga boleh dilakukan.
5.3      Google Translet
Google translet digunakan untuk menterjemah pelbagai jenis bahasa dengan mudah dan cepat. Jika menggunakan Google Translate, proses penterjemahan boleh dilakukan dalam perkataan dan ayat lengkap. Google translet boleh membantu pelajar yang lemah dalam bahasa inggeris dan memudahkan mereka mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Kini hasil terjemahan Google Translate semakin baik.
5.3.1  Cara menggunakan google translet
     1          Buka halaman http://translate.google.com/

     2          Pilih form dan pilih bahasa yang ingin diterjemahkan

     3         Masukkan teks yang ingin diterjemahkan

     4        Hasil terjemahan ditampilkan sebelah halaman

6.0      Pembelajaran Geografi Menggunakan Google Earth
Pada pembelajaran geografi di sekolah mahupun pengajian di peringkat tinggi, kita sering mengalami masalah berhubung dengan pemetaan misalnya contoh-contoh foto udara hasil dari penderiaan jauh yang tidak dikemaskini (terbaru). Dengan adanya Google Earth dan Google Maps yang lebih mudah untuk diakses dan lebih cepat, sangat membantu dalam proses penyampaian informasi pada orang ramai.
Sekarang kita sudah boleh menggunakan kemudahan Google Earth pada telefon mudah alih berskrin sentuh (touch screen) seperti smartphone Android atau iPad, kehebatannya bertambah apabila mampu menunjukkan formasi bawah laut atau rupa bentuk bandar mahupun muka bumi dalam bentuk 3-D.
Yang terbaru adalah lapisan awan,Google Earth mampu menunjukkan hujan dan salji dalam pola cuaca secara "real-time"di beberapa bahagian dunia. Ini dapat membantu pelajar mengetahui pola cuaca di dunia. Setelah mengaktifkan lapisan awan (clouds layer), pelajar hanya perlu zoom ke lokasi yang inginkan, pelajar juga turut boleh zoom ke lapisan mana bahagian awan yang ingin lihat. Bagaimanapun buat masa ini, kemudahan ini terbatas hanya  untuk kawasan dari Amerika Utara dan Eropah Barat, dan turut merangkumi beberapa tempat termasuk Pacific Northwest dan England. Dengan mengaktifkan lapisan radar, pelajar boleh melihat di mana data curah hujan juga tersedia .
Antara kelebihan utama perisian ini ialah ciri-cirinya yang berupa sistem " real time" nya yang selalu di kemaskini , seandainya di perluaskan satu hari nanti, ini bermakna pelajar boleh menjejaki pola cuaca serta taufan  dan memantau pergerakannya bergerak di peta. Ini berpotensi untuk kajian masa depan jika sesuatu bencana akibat hujan yang bakal melanda, kita boleh melakukan persediaan awal.

6.1      Kelebihan menggunakan Google Earth dalam Pengajaran
     I.        Dengan Google Earth, pelajar dapat melihat dengan jelas lokasi tempat tinggalnya, dapat mengetahui dimana dia berada malah dapat menelusuri daerah-daerah lain dalam waktu yang singkat.
   II.        Dapat melihat gambar-gambar yang terkini di sesuatu kawasan menggunakan foto 3 Dimensi.
 III.        Guru tidak dibebankan dengan membentangkan peta yang berukuran besar dan globe yang, tetapi  guru hanya boleh membawa Laptop, modem Internet, Layar Infokus (LCD), mengetahui bagaimana mengaktifkan aplikasi Internet Explorer, Mozzila Firefox dan lain-lain, dapat memuat turun Google Earth, dan tahu bagaimana menggunakan Google Earth.
  IV.        Pelajar akan lebih aktif untuk mengetahui apa yang terdapat didalam Google Earth. Pembelajaran telah mengarah kepada pelajar aktif, bukan Pasif lagi yang hanya mendengar, tetapi dengan Aplikasi Google Earth digunakan, pelajar diharapkan mampu menunjukkan lokasi-lokasi tertentu di Globe.

    V.        Dengan Google Earth, kita juga mampu menjelajahi langit, bulan dan planet-planet jika terdapatnya talian internet yang laju. Pelajar akan dapat mengenalpasti bentuk-bentuk sistem suria dengan lebih cepat dan mudah.

6.2     Kelemahan Pembelajaran dengan Google Earth

1      Penggunaan Google Earth harus mempunyai talian internet dengan berkelajuan tinggi jika pembelajaran secara online.
2      Terdapat tempat-tempat yang sengaja di kaburkan.
3      Gambar yang dipasang kadang-kadang tidak tepat.

     7.0 Sejauhmanakah Web 2.0 mengembangkan pembangunan pada kemahiran dan pelajar pada abad ke 21.
Aplikasi web 2.0 bukanlah merupakan perkara baru dalam dunia internet. Jika sebelum ini masyarakat hanya menggunakan web untuk mencari maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan web 2.0 , komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para pendidik. Penggunaan Web 2.0 ini membantu mengubah landskap abad ke-21 dalam bidang pendidikan. Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar (Hargadon, 2009 dlm Nurfadzilah 2010:1).

7.1         Web 2.0 membantu mengembangkan pembangunan pada pelajar.
 Menurut kajian yang dijalankan oleh Nurfadzilah, (2010 utm:9-12) Penemuan internet dianggap sebagai penemuan yang cukup besar, yang mengubah dunia dari bersifat lokal kepada global. Ini kerana, menerusi internet terdapat sumber-sumber informasi dunia yang dapat diakses oleh semua pihak walau di mana mereka berada melalui jaringan internet. Melalui internet, faktor jarak dan waktu bukan lagi menjadi masalah. Dunia seolah-olah menjadi kecil, dan komunikasi menjadi mudah. Dalam hal ini Onno W. Purbo (2001 dlm Nurfadzilah, 2010) menyifatkan bahwa internet juga telah mengubah cara komunikasi massa dan penyebaran data atau informasi secara fleksibel dan mengintegrasikan seluruh bentuk media massa konvensional seperti media cetak dan audio visual. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.

Pembelajaran menerusi web atau web based instryctions (WBI) menurut Khan (1997 dlm Nurfadzilah 2010), merupakan program pembelajaran berasaskan hipermedia yang memanfaatkan susun atur serta sumber dari World Wide Web. Ianya berfungsi untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar, di mana pembelajaran boleh disokong dan dipertingkatkan dari pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran menerusi web mempunyai banyak kelebihan dan antara yang utama menurut Alessi dan Trolip (2001 dlm Nurfadzilah 2010) di dalam buku mereka bertajuk “Multimedia for Learning” adalah:
     i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana juga mereka berada
     ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan yang berada di seluruh dunia.
    iii. Pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas
    iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan juga  pendidik.
       
  Hal ini, menerusi inovasi teknologi dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan pelajar dalam menguasai     kecekapan pembelajaran menggunakan laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video    dan halaman perkongsian grafik.

Kelly dan littman (2000), dalam buku mereka The Art of Innovation, menyatakan bahawa kreativiti dan inovasi ialah dua konsep yang saling berkait, dan kreativiti ialah elemen penting bagi inovasi.
Nurfadzilah (2010 :13) Suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur menyerupai keadaan dalam kehidupan yang sebenar mampu disediakan menerusi pembelajaran secara terus menerusi internet. Menurut Spiro (1991), kemudahan teknologi seperti hiperteks, audia, video, animasi, simulasi dan interaktiviti membolehkan pembelajaran berasaskan teori kognitif fleksibel dapat dilaksanakan dan diperkembangkan. Penggunaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar memberi kemudahan untuk berinteraksi secara bebas menerusi kemudahan mel elektronik, telesidang audio, video dan forum perbincangan dan forum perbincangan elektronik pula membolehkan perkongsian idea, percambahan pemikiran serta penerimaan terhadap perspektif lain dilaksanakan. Secara tidak langsung memberi kemahiran penggunaan teknologi dan membolehkan pelajar berfikir pada peringkat yang lebih tinggi.

The dan Fraser (1994) dalam kajian mereka pula mendapati bahawa kaedah pembelajaran berasaskan web dapat memudahkan proses penyampaian maklumat dan ianya turut memberikan beberapa kelebihan kepada pelajar. Antaranya ialah ianya dapat memberikan kemudahan penyimpanan maklumat yang banyak tanpa memerlukan ruang yang besar seperti penyimpan maklumat di dalam buku ataupun di dalam fail. Ini merupakan satu keunikan yang tidak dapat diberikan oleh kaedah pembelajaran yang lain. Selain itu, menurut (Brusilvoy, 1996), pembelajaran menerusi web juga telah membuka peluang baru dalam pembelajaran kepada semua di mana semua bahan untuk proses pembelajaran mampu dicapai oleh jutaan pelajar seluruh dunia.
 Teknologi Internet Sebagai Media Pendidikan

Internet merupakan jaringan yang terdiri daripada ribuan bahkan jutaan komputer, termasuk di dalamnya jaringan yang menghubungkan saluran (satelit, telefon, kabel) dan jangkauanya mencakupi seluruh dunia (Kamarga, 2002). Jaringan ini bukan merupakan suatu organisasi kerana tidak ada pihak yang mengatur dan memilikinya. Internet wujud sewaktu perang dingin sekitar tahun 1969 dan digunakan pertama kali untuk keperluan pertahanan (Ahmad Bustami, 1999 dlm Nurfadzilah 2010:17).

7.2           Web 2.0 membantu mengembangkan pembangunan pada kemahiran
 pembelajaran
Teknologi pendidikan pula melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden yang meliputi kemudahan pelajar, perkaedahan dan penyesuaian bahan dengan persekitaran agar ia dapat menimbulkan rangsangan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Proses pembelajaran menerusi penggunaan video telah mempermudahkan pengajaran guru kerana pelajar berpeluang melihat situasi-situasi sebenar dari luar yang tidak dapat dibawa ke dalam bilik darjah. Contohnya gempa bumi, habitat sesuatu kawasan, kehidupan haiwan, pembiakan organism dan sebagainya. Dengan ini, pelajar lebih mudah memahami apa yang diterangkan oleh guru. http://ge2123.tripod.com/YapSiewYun/Esei.htm.


Kemahiran E-Pembelajaran kepada pelajar


E-pembelajaran merupakan penggunaan teknologi dalam pembelajaran untuk menyampaikan maklumat. Konsep e-pembelajaran juga berubah apabila masa berlalu. Dublin (2003) dapati bahawa perkataan tersebut pada tahun 2000 adalah rujuk kepada pembelajaran berasaskan komputer khususnya dalam intranet dan internet. Clark dan Mayer (2003) bersetuju dengan definisi tersebut dengan menambah lagi bahawa isi kandungan e-pembelajaran harus mengambilkira objektif pembelajaran, kaedah pembelajaran untuk membantu pembelajaran, elemen media yang berlainan untuk menyampaikan isi kandungan dan mencuba membina pengetahuan baru dan kemahiran yang berhubung dengan matlamat pembelajaran secara individu.
Oleh itu aplikasi Web 2.0 dilihat dapat membantu mengatasi kekangan sistem e-pembelajaran kerana aplikasi Web 2.0 sangat popular dan menambahkan kemahiran di kalangan remaja yang sebahagian besarnya adalah pelajar. Terdapat banyak jenis aplikasi Web 2.0 seperti laman wiki, blog, laman perkongsian video, laman perkongsian dokumen, laman perkongsian foto dan rangkaian sosial yang jika digunakan sebaiknya dapat membantu sistem pengajaran dan pembelajaran . Contoh-contoh Web 2.0 ini adalah Wikipedia, BlogSpot, Youtube, SlideShare, Scribd, Flickr dan Facebook. Setiap halaman mempunyai hak sendiri berdasarkan fungsi mereka untuk menarik pengguna internet. Aplikasi web 2.0 boleh memberikan maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat dan jika kita melihat dari sudut pembelajaran ia juga menjadi media yang berkesan dalam pendidikan.

Kelebihan dan Kesan E-pembelajaran Terhadap Pelajar
Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) yang telah diumumkan, kerajaan Malaysia telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan 2020. Dengan ini, e-pembelajaran ditekankan untuk memainkan peranan yang penting supaya mencapai matlamat tersebut (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006).
E-pembelajaran mempunyai sifat yang unik yang menyebabkan sekolah atau universiti memilih e-pembelajaran untuk menyampaikan P&P. E-pembelajaran dapat menjimatkan kos pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah, bahan bercetak, kos perjalanan dan sebagainya (Hartley, 2003). Contohnya, suatu kursus dapat disampaikan kepada bilangan pelajar secara maksimum sekaligus pada satu masa tanpa kekangan saiz ruang bilik darjah. Dengan bantuan teknologi seperti komputer dan Internet, masalah bilangan pensyarah yang tidak mencukupi dapat diselesaikan kerana pensyarah dapat dikongsi (Hasani, 2004 dlm Nurfadzilah 2010:17 ).

                                                                                                     
E-pembelajaran dapat membekalkan pembelajaran masa nyata (real time learning) atau membekalkan maklumat yang terbaru pada bila-bila masa (Eklund, Kay dan Lynch, 2003).
E-pembelajaran melalui internet terutamanya dapat membenarkan pelajar mengikut pembelajaran dimana-mana tempat berdasarkan keupayaan masing-masing serta mengikut kesesuaian masa sendiri. Hal ini bermaksud seseorang dapat belajar secara fleksibel (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Sifat sedemikian akan membantu masyarakat menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.

Seseorang pelajar juga dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran melalui e-pembelajaran. Pelajar dapat mencapai maklumat yang meluas apabila perlu. Maklumat dapat dikongsi antara individu dengan pakar dalam bidang tertentu yang dikenali melalui e-mail, chat-room atau papan buletin (Aldrich, 2003). Masa untuk proses pembelajaran secara langsung disingkatkan menurut Nurfadzilah 2010.
                                                                                                
Justeru itu, sifat e-pembelajaran yang bertumpu pada kesesuaian pelajar menyebabkan pusat pembelajaran berubah dari guru ke pelajar (Eklund, Kay dan Lynch, 2003). Pelajar diberi kebebasan untuk belajar secara berdikari dan perlu bertanggungjawab dalam pembelajaran. Pelajar perlu rancang masa untuk belajar dan bersedia mencari maklumat berdasarkan daya inisiatif sendiri (Mohd Koharuddin et al., 2003). Dengan perkataan lain, motivasi seseorang pelajar amat penting untuk mengekalkan inisiatif supaya terus mengikuti e-pembelajaran. Didapati e-pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar. Hazura Mohamed et al. (2005) dalam kertas kerjanya yang mengkaji kesan e-pembelajaran mendapati semua responden mempunyai motivasi untuk belajar yang sederhana atau ke atas apabila berhadapan dengan e-pembelajaran.       

Oleh itu, setiap guru harus mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiaran yang berkaitan dengan pemilihan, penggunaan dan penilaian media teknologi pendidikan. Dengan perkataan lain para guru harus inovatif dalam menggunakan pelbagai media seperti buku, transperasi, televisyen, radio, komputer dan sebagainya dengan secara lebih kreatif untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan pelajar-pelajar dalam penggunaan internet dan pembelajaran menerusi web.

7.3      Web 2.0 Mengembangkan Pembangunan pada abad ke-21 dalam Pendidikan.
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu fasa penganjakan paradigm kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi. Abad ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan factor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem komunikasi global.
Kemajuan dalam bidang komunikasi telah memberikan pengaruh yang besar kepada bidang pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia abad ke-21. Kesan globalisasi terhadap sector pendidikan sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, New Zealand, Jerman dan Russia. Ini dapat dilihat dengan pertambahan pelajar luar Negara yang belajar di institusi pengajian tinggi negara-negara tersebut. Demikian juga di Malaysia, pendidikan Tertiari menunjukkan fenomena yang sama di mana pada setiap tahun universiti-universiti tempatan di Negara kita menerima pelajar-pelajar dari seberang laut semakin meningkat.
Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004, beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Pendidikan bertaraf dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia kea rah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insan.
Tepat pada masanya, wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam lingkungan abad ke-21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online “world class is defined as being of the highest caliber in the world”. Malah pendidikan bertaraf dunia diberi maksud di mana satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengan dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia.
menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan masa kini yang hangat diperkatakan ialah Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-peminpin negara melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan kea rah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Proses utama Pembestarian Sekolah ialah melatih guru dan murid agar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru , kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian pendidikan bertaraf dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta pengurusan sekolah yang efektif.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007, dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambil kira semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah, projek pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan. Kementerian Pelajaran akan menyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan system pengurusan supaya boleh dilaksanakan secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran.
Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah dalam bidang pengurusan sekolah. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, Kementerian Pelajaran telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projector dan rangkaian.
Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personal di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.
Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak harus mengorak langkah yang proaktif. Perubahan kea rah system pendidikan bestari adalah suatu usaha yang amat baik. Melalui pembestarian sekolah ini akan membentuk modal insane yang berkemahiran dalam bidang ICT kea rah masyarakat k-ekonomi, mengimbang jurang digital antara bandar – luar Bandar dan pedalaman, membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia.

7.4      Web 2.0 Mengembangkan Pembangunan pada Abad-21 bagi Guru-guru.
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
·         kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
·         kekuatan minda (kreatif dan proaktif)
·         nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
·         semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
·         ketrampilan   
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut:
·         menguasai subjek (kandungan kurikulum)
·         mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
·         memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
·         memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
·         memiliki kemahiran kaunseling
·         menggunakan teknologi terkini
·         dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
·         boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
·         memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari telah mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari  ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa.  Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita. Cabaran terbesar bagi para pendidik ialah mereka harus mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:

1.   Membina Budaya Ilmu
Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan
perkembangan semasa, seperti:
                     I.        Teknologi dan perkomputeran di mana para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
                   II.        Selain itu, para pendidik juga harus mempunyai kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif  supaya pelajar-pelajar dapat  dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
                 III.        Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
·         Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)
·         Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
·         Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
·         Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

2.   Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak
Nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

3.   Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologi dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

4.   Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
§  Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat
§  Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi
§  Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu
§  Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani

Bagi menentukan kejayaan pencapaian matlamat sekolah, guru hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan komputer dan alat teknologi terkini serta pedagogi baru untuk menghadapi cabaran di sekolah-sekolah. Guru bukan sahaja melaksanakan tugas mengajar sahaja dan memberi limu pengetahuan tetapi berperanan mendidik pelajar mengikut matlamat wawasan 2020 yakni melahirkan teknokrat-teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral di samping membentuk generasi cemerlang yang mempunyai daya kreativiti dan daya saing seterusnya menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan pendidikan  bertaraf dunia.

8.0      Kesimpulan
Perkembangan web 2.0 ke seluruh dunia tidak boleh dielakkan lagi. Proses perkembangan semakin pesat dan berubah mengikut peredaran semasa. Aplikasi web 2.0 banyak membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan banyak memberi manfaat kepada keseluruhan manusia yang bijak menggunakannya. Contoh yang paling baik ialah Google Earth. Google Earth memiliki banyak manfaat dalam pembelajaran Geografi. Dan google earth juga memberikan kemudahan bagi pengajar dan pelajar. Pengajar  dengan mudah dapat mencari informasi untuk bahan bagi pelajarnyanya. Dan bagi pelajar itu sendiri, mereka akan lebih memahami apa yang dipelajari dengan melihatnya sendiri di google earth dan dengan kata lain google earth juga sebagai media pembelajaran bukan hanya sebagai tempat untuk mcari informasi saja. Namun didalam kelebihan google earth yang begitu banyak, juga terdapat kekurangan yang nampak seperti gambar-gambar yang ada sering kali dipaparkan tidak tepat seperti yang nyata. Tempat-tempat tertentu juga dikaburkan kerana bimbang akan membawa risiko kepada sesebuah negara dari segi politik dan keamanan. Disarankan supaya  google earth digunakan dan diaplikasikan dalam pembelajaran geografi kerana ia menjimatkan masa dan tenaga serta pelajar-pelajar dapat mengetahui lebih banyak informasi yang terbaru mengenai sesuatu kawasan berbanding peta topografi yang tidak di kemaskini.










Rujukan
NUR FADZILAH BINTI OTHMAN. (2009). Kajian Tahap Penggunaan Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Unpublished master’s thesis. Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
http://ge2123.tripod.com/YapSiewYun/Esei.htm    dimuat turun pada 10.10.2012.









oreilly.com/web2/archive/what-is-web-20.html  dimuat turun pada 2.11. 2012

www.paulgraham.com/web20.html  dimuat turun pada 2.11. 2012

www.webopedia.com/Web_2_point_0.html   dimuat turun pada 2.11. 2012




http://shadowsquad.wordpress.com/2008/12/20/35/   dimuat turun pada 27.11.2012